Wednesday, November 12, 2014

Kucing perlu makan rumput

Saya pencinta kucing, saya suka sangat dengan kucing dan saya ada membela 4 ekor kucing di rumah. selain beri makan 2-3 kali sehari, vitamin 1 kali sehari, wet food setiap hujung minggu sahaja...air minumannya pun kena tukar hari2. dulu sebelum saya menggunakan Coway, saya beli mineral water sebagai minuman mereka. tapi sekarang senang, dah aday Coway...tak perlu beli mineral water lagi da. 

Kucing saya duduk terkurung dalam rumah, indoor cats la katakannya. weekend petang2 sekarang ni kan asyik hujan, memang takde la nak bawak diorang tu pegi taman. jadi sekiranya tak pegi taman, tak dapat la diorang ni makan rumput. ada sejenis rumput yang di makan oleh kucing untuk mengawal hairball mereka. kucing kan suka menjilat bulu mereka sendiri, so sudah tentu ada gumpalan bulu dalam perut kucing tersebut. hairball itu perlu dikeluarkan bagi mengelakkan kucing tadi hilang selera makan. sekiranya dibiarkan lama, hairball tersebut boleh menyebabkan usus atau kolon mereka tersumbat dan ini adalah tidak baik untuk kucing. hairball itu mesti dikeluarkan melalui kaedah memakan rumput, saya suka panggil rumput kucing je. tak tau pulak nama lainnya. selepas kucing makan rumput tersebut, mereka pasti akan muntah dan mengeluarkan hairball tadi dari dalam ususnya dan kucing akan kembali active semula.  

Sekiranya saya tidak dapat membawa kucing2 saya keluar untuk memakan rumput, saya akan dapatkan pet grass untuk mereka. memang sangat suka la...senang rumput dah ada depan mata. pet grass ni adalah rumput organik dan sangat sesuai untuk mengeluarkan hairball kucing. pet grass ni bukan sahaja untuk kucing tetapi haiwan peliharaan yang lain pun boleh makan, jangan bagi lembu or kambing sudah la. 

Biasanya saya buat 2 rumpun terus, bagi 2 ekor makan sama2 dalam satu bekas. lepas ni siap la, mata kena sentiasa pandang lantai...takut ada muntah kucing (^_^)v

5 comments:

Julia Johari said...

SAya suka entry ini, mmg betul jika kita perasan, kucing biasa di jalanan tu akan makan sedikit rumput tiap2 pagi...julia pernah lihat...itu salah satu cara macam mana dia nak tambah antibodi dari serangan penyakit...mereka tahu rumput adalah ubat mereka...cantiklah pet grass tu

nuyui a.k.a miss YUI said...

ada kucing yui yg xsuka rmput..tp sntuhlah skit2..huhuhu..

Tihara said...

Memang kucing kena juga makan rumput kan..info yang bagus :)

Azian Elias said...

tak tau kata kena makan..

kalau dulu masa kat kg, biasa tgk kucing makan rumput..

eMMe said...

hairball mean, kucing kan suke jilat bulunye sendiri kan.. mesti byk bulu yg masuk perot mereka.. rumput ni cam ubat muntah ek, bukan kuar melalui najis ek ann?