Tuesday, November 18, 2014

Puteri Balqis Dicalon Pelakon Wanita Terbaik Asian Television Award

KUALA LUMPUR: Baru saja memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin (ASK) 2014 di TV3 baru baru ini, Puteri Balqis menerusi drama yang membawa kejayaan sulung kepadanya iaitu Balqis turut dicalonkan di peringkat Asia.

Sebentar tadi, BH Online dimaklumkan si genit berusia tujuh tahun itu dicalonkan untuk Asian Television Award 2014 bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik yang akan diadakan di Singapura 11 Disember depan.

Balqis berentap dengan lima calon lagi. Ternyata drama yang diarahkan sutradara Erma Fatima serta bersiaran di TV3 itu membawa tuah kepadanya. Ikuti komen Balqis yang diwakili bapanya, Azizi Aziz.

"Saya agak terkejut dengan berita ini. Benar-benar tak sangka. Saya hanya diberitahu Erma sehari selepas ASK2014 berlangsung bahawa dia ada menghantar nama Balqis untuk anugerah ini. Alih-alih dia dicalonkan pula.

"Saya teruja dan Balqis sendiri pasti terharu kerana selepas di Malaysia, namanya dicalonkan pula di peringkat Asia. Ia lembaran baru buatnya untuk dititip sebagai pengalaman berharga. Kalau dia ditakdirkan menang, ia satu bonus kerana dapat mengharumkan nama Malaysia." katanya.

Tambah Azizi lagi, kejayaan Balqis di ASK2014 terus menjadi pembakar semangat buat anaknya itu untuk terus mempamerkan prestasi terbaik lagi pada masa mendatang.

"Bersyukur ke atas hadrat Ilahi atas kejayaan itu. Bagi kami, Balqis melihat dunia seni sebagai ruang untuk melontar bakat yang ada dalam dirinya," katanya.

Kemenangan Balqis di ASK2014 ironinya turut dipertikaikan ramai kerana kejayaannya itu menewaskan calon senior yang lebih berpengalaman.

Tetapi jelas di sini kemaraannya sebagai calon di peringkat Asia membuktikan bakatnya sudah mula diperhatikan di luar sana.
Keputusan juri di ASK2014 boleh dianggap bersifat global.

"Terpulanglah kepada yang menyangkal kemenangannya. Di dalam pertandingan biasalah menjadi lumrah kerana pasti pemenang dan yang tewas. Yang tewas tak bererti mereka tak bagus. Kami terima kejayaannya sebagai rezeki," katanya.

info from : http://mforum.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=15813

******************************************************
Memula tu saya dok binggung jugak, sapa la gerangan yang bernama Puteri Balqis tu +an saya tak menonton pun ASK or even Cerekerama jugak. tapi bila tengok gambo, oh inikah gerangannya Puteri Balqis. memang petah adik manis ni bila bercakap, look good and confident in action...lakonan tu tak kaku langsung. tak la macam budak budget comel cute je kan.

Kehidupan sebenar pelakon ini memang saya tak tau langsung, even makpaknya pun tak pernah lihat dalam paper ke magazine....ke saya yang tak update ni. oh rupanya sangat kurang saya terdedah dengan dunia retis metis ni. disebabkan kekecohan pasal pertikaian pelakon ni dalam ASK, baru la saya dok google nak tengok sapa gerangannya pelakon hebat yang berjaya mengalahkan pelakon2 hebat yang lain. tetiba sekarang ni gigih nak menonton drama lakonan adik manis ni, perhhhhhhhh memang hebak sunggguh.

Cuma bila nama dah mula meningkat naik, pastinya lepas ni akan banyak la drama2 yang bakal adik manis ni berlakon + tak mustahil boleh masuk filem pulak lepas ni...tapi pelajaran jangan la dilupakan. dengan usia sebegitu, alam sekolah adalah alam yang sepatutnya dan paling seronok. semoga parents nya mampu organize jadual adik manis ini dengan baik.
   
Suka tauhu bakar. memula dulu saya tak pandai nak makan tauhu bakar. da la takde rasa, lepas tu nak bakar lagi...cam pelik je. lepas tu my laki la yang ajar makan benda alah ni masa cintan cintun dulu. sekali makan rasa pelik, 2 kali makan da rasa macam sedap2 sikit, 3 kali makan terus suka pulak. sekarang ni, pantang jumpa, mesti nak order punya. cuma saya masih tak tau nak beza mana tauhu bakar sedap dengan tak sedap. tengok sama je base ingredient nya.

My laki tetap dengan bihun sup kalau kami dinner. tak mo ambik nasi da katanya...katanya ye. makan dekat area Kg Baru je (^_^)v

2 comments:

jamian sarif said...

bukan sekadar berita....tiba2 keluar makanan kat endingnya....terbaiklah...huhu

Mrs Velentine said...

hihi mula2 ceta puteri balqis tup2 ceta mkn....