Wednesday, November 5, 2014

Romie Sudah Tinggalkan Hanez Suraya!!

Akhirnya segala persoalan mengenai hubungan Hanez Suraya dan Romie terjawab jua. Memang ada desas-desus hubungan mereka sudah berakhir, namun tidak ada pengakuan daripada Hanez mahupun Romie mengenai perkara ini. Kali ini, Hanez telah menjelaskan yang dia tidak lagi bersama Romie namun masih berhubung sebagai seorang kawan.
Hanez kini mahu membuka lembaran baru dan meninggalkan segala kontroversi yang telah melanda dirinya sepanjang tahun 2014. Inilah semangat yang kita mahu. Kata Hanez:-

Saya mahu menutup semua cerita yang terjadi beberapa bulan yang lalu dan mahu membuka lembaran baru. Selepas ini kalau boleh saya mahu elak perkara yang boleh mengundang kontroversi. Jadi selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam setiap hal yang saya lakukan.
Saya anggap hubungan saya dengan dia tak ada jodoh. Tapi hubungan antara kami masih baik, tiada sebarang persengketaan yang terjadi. Saya sudah tidak mahu fikirkan. Jika selepas ini, kalau ada jodoh, adalah. Kalau tiada, tak mengapa. Buat masa ini, cukuplah. Saya tidak mahu komen lebih-lebih
Hanez juga telah membuat permintaan maaf kepada semua pihak yang terbabit dalam kontroversinya. Kata Hanez:-
Buat masa sekarang, biar semua benda berlalu dahulu. Saya sendiri dengan rasa rendah hati ingin memohon maaf kepada semua pihak jika ada salah dan silap saya sebelum ini. Apa yang terjadi, cukuplah. Saya sudah terima macam-macam perkara.
Saya mengambil perkara ini secara positif dan saya sudah maafkan semua. Saya terima semua komen dan kritikan yang diberikan. Biar saya buka lembaran baru selepas ini. Bila terhantuk itu membuatkan kita belajar. Sebab itu kesilapan kita, manusia tidak sempurna.
Saya sebagai manusia biasa, saya anggap kesilapan itu membuatkan saya kembali muhasabah diri. Apa yang terjadi betul-betul membuatkan saya belajar
Diharap dengan permohonan maaf yang penuh ikhlas ini, semua pihak terutamanya yang terlibat dalam menjayakan drama memaafkan Hanez Suraya. Bagilah peluang kedua kepada Hanez. Dia adalah seorang pelakon hebat. Kesian pula tengok nasib yang menimpa dirinya. Apa kata anda? Patutkan Hanez diberi peluang untuk berlakon semula?

info dari: http://mforum.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=15593
*******************************************************************
Peminat yang menentukan naik turun seseorang artis tersebut, so terpulang pada peminat la sama ada dia ni boleh naik balik dalam dunia lakonan ataupun naik dalam dunia kontroversi semata saja. kalau dari segi lakonan pulak, saya quit suka jugak dia ni berlakon, bila bawak watak jahat tu...hukaloiiiiiiii memang menjadi jahatnya, kira kalau jumpa depan mata mau nak kena luku je kepala dia ni. tapi kalau watak baik tu tak sure pulak, saya pun tak pernah tengok dia ni berlakon bawa watak baik. tapi jangan statement tu hangat2 tahi ayam, cakap lain buat lain pulak nanti.

Cari la orang bujang kan kalau nak bercinta sekali pun, naper la pegi cari laki orang...macam orang bujang yang lain tu tak berduit pulak ek. tak pun duit sendiri banyak, wat apa nak sibuk2 dengan duit orang lain. hidup manusia ni ada pasang surutnya, itu dah lumrah alam kehidupan di dunia. macam manusia, tentu ada susah senangnya...ketentuan yang tidak boleh disangkal. jangan sentiasa menyombong diri seolah2 diri sendiri yang mampu tentukan segalanya. baik la kalau dulu membangga diri dan sekarang merendah diri, jangan pulak lepas ni meninggi diri pulak.

Wahhhhhh emo pulak ahkak ye :D 

Uolsss lunch apa tadi? saya makan sandwich je. tetiba teringin pulak nak makan sandwich dekat Dunkin Donut tu...ermmmm dap (*_*)v

3 comments:

Irfa said...

emm ntahlah
susah nak percaya
sbb banyak sgt berlakon sblom ni
tp... satu je nak komen
pmpuan jugak yg buruk nama
jantan tu? terbang cari bunga lain
huh emo gak

wa said...

Sedapnya sandwich tu...dah lama tak makan.. :-)

Sya Mimie said...

Erm.. Mcm2 hanez ni..
Sedapnya sandwich..