Thursday, November 13, 2014

Yusof Haslam Anggap Wardina Tidak Matang Komen Isu Buli

PETALING JAYA: Presiden, Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Datuk Yusof Haslam menyifatkan kenyataan aktres Wardina Safiyyah menyalahkan filem-filem gengster tempatan sebagai punca terjadinya kes buli melibatkan pelajar sekolah di negara ini merupakan pendapat yang tidak matang.

Yusof berkata, sepatutnya sebagai seorang yang berpelajaran seperti Wardina, dia perlu berfikiran luas dan tidak menuding jari pada satu pihak tanpa mengkaji dahulu punca-punca gejala sosial itu berlaku.

"Saya tidak setuju dengan kenyataannya itu kerana ia lebih berunsur emosi tanpa berfikir secara matang. Dia melihat pada skop di satu pihak sahaja.

"Kita juga sedia maklum, masalah gejala sosial ini sudah lama berlaku dan secara logiknya, adakah patut filem tempatan kita dipersalahkan?

"Bukankah banyak lagi akses lain yang lebih mudah terutamanya menerusi Internet untuk golongan remaja zaman kini untuk menonton video-video yang tidak sepatutnya?," soalnya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Wardina menerusi laman Facebook miliknya pada Khamis meminta agar penerbit filem-filem berunsur gengster supaya bertanggungjawab terhadap kes buli melibatkan pelajar sekolah yang semakin berleluasa di negara ini.





Wardina berkata, kebanyakan filem gengster yang ditayangkan memberi inspirasi kepada penonton untuk melakukan tindakan ganas sama seperti pelakon-pelakon popular di layar lebar.

Sementara itu. Yusof berkata, kenyataan Wardina itu dapat menjejaskan lagi industri perfileman negara yang sememangnya sedang 'nazak'.

"Kenyataan dia ternyata telah mengguris kebanyakan penggiat filem negara ini. Kalau orang negara luar tahu tentang isu yang timbul ini, mereka akan gelak, buat malu orang Malaysia saja.

"Ini kerana secara logiknya, filem-filem ganas tidak ada nilai untuk ditiru aksinya berbanding video-video di internet, di mana kanak-kanak pun boleh buka dan menontonnya jika tiada kawalan daripada ibu bapa," tegasnya.

Pada awal minggu lalu, tersebar sebuah klip video kes buli yang telah menjadi viral di Facebook.

Klip video selama lima minit itu dirakam di asrama dan dipercayai berlaku di sekolah berasrama penuh, menunjukkan sekumpulan pelajar lelaki sedang dipukul oleh rakan sekolah mereka.

Selepas itu muncul pula video seorang remaja dipukul rakan-rakannya sehingga cedera. 

info dari : http://mforum.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=15724
***********************************************************************************

Uolsss rasa adakah filem2 negara kita ni ada menjurus kepada pengaruh gejala buli yang sememangnya tengah hangat2 diperkatakan sekarang ni. kalau saya, susah sikit nak tengok kesannya coz masih takde anak sendiri untuk diperhatikan. anak2 saudara pulak dah besar panjang, kalau yang kecik2 tu for sure dah di larang oleh makpak mereka. tapi kalau pada logik akal, memang ada sedikit sebanyak mempengaruhi jugak sekiranya menonton tanpa bimbingan dari orang yang lebih dewasa.

Kalau dituding jari pada pengarah/penerbit filem or drama dekat Malaysia ni, memang la diorang akan melenting/melatah or merasakan filem/drama mereka tidak menjurus kepada gejala yang sedang menukar ni...takkan nak tabur pasir dalam periuk nasi sendiri ye dak. 

Pada pendapat 20sen saya ni la, television adalah peranti utama pada berleluasanya gegala2 yang tak berapa nak sihat sekarang ni. setiap rumah pasti ada tv, even dekat pendalaman sekali pun masih ada tv...kadang2 tu siap mampu pasang astro lagi. tapi sekiranya internet, tidak semua rumah mampu untuk pasang kemudahan itu...sekiranya ada itu adalah bonus lagi, apa taknya lagi banyak la saluran yang tak sihat boleh diteroka di alam siber ni.

Hopefully lepas ni takde la nak tayang citer gengster di hari raya ye...ini pun satu hal jugak. sungguh saya tak berkenan sungguh tayang citer2 macam tu di hari2 yang mulia seperti hari raya. 
  
Apa pulak pendapat or pandangan dari kaca mata uolsss sendiri....cer citer cer citer, ahkak nak tau jugak sambil minum2 kopi ni (*_*)v

6 comments:

Kakzakie said...

Pada kakaklah Ann walaupun banyak sebab dan musabab tapi sedikit sebanyak ianya menyumbang juga.. tapi terpulanglah pendapat masing-masing.

Mimy Hamid said...

ye kak..ada sikit penyumbang..cth fayel...suka sgt ultraman...habis mama dia di buat raksasa....tak sanggup

Tihara said...

bagi saya bukan sebab filem
tapi atas sikap dan kesedaran individu itu sendiri..
kurangnya perhatian keluarga..
kurangnya didikan agama..

Ania said...

Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi.
Jika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
Coba servis kami tanpa registrasi:)

nuyui a.k.a miss YUI said...

yui pun tak gmar sbb skg kerap sgt crita mcm tu kat tb, wayang.. mcm xde crita unsur baik2 nak tnjuk..

eMMe said...

isu hangat ni..haha.. lantak kowang la.. hahaha.. saya tak campur.. tapi mmg gelak la baca komen dowang...