Monday, December 15, 2014

Air Buah Gelas Besar Terengganu (Air Buah Pak San)

"Kalau sedap bagitau saing saing, kalau tak sedap bagitau kat ambo"

Selepas berjaya menjumpai tempat yang ada menjual Levi's jeans, kami laki bini terus mencari tempat untuk dinner pulak. ada jugak yang bertanya dekat mana dapat beli jeans tu, erm kedai yang jual barangan sport, ada jugak jual jeans sama. dekat jalan mana da tak ingat tapi kedai tu dekat area shoplot bukannya dalam mall. agak lewat da waktu ni, selepas 9pm kalau tak salah.

Kami decided untuk mencuba makan dekat Air Buah Gelas Besar tu, tak jauh mana pun...dekat Seberang Takir je. kedai ini terletak di tepi jalan utama, so sangat senang untuk cari kedai ni sebenarnya + kami cari waktu malam pun mudah jumpa. kedai ni boleh tahan femes emes nya, waktu kami datang pun masih penuh lagi dengan pelanggan. 
  
Ini nasi lemak pun yang last, dah lambat datang...semua makanan pun da habis. mujur je buah tak habis lagi.

 
Set nasi minyak yang terakhir my laki dapat, saya tak dapat huhuhuhu walhal itulah yang saya nak makan sangat sebenarnya. tapi da tinggal sepinggan, makanya bagi je la my laki merasa....bininya makan nasi lemak.

Pegi nganu kita tak makan kepok lekor rasanya tak lengkap, mesti nak kena ada menu kepok ni baru afdal.

 femes emes kedai ni... 

RM3.50 je secawan fresh orange gabak besar ni, share minum berdua...mau kembung perut minum sorang segelas.

Disebabkan ramai pelanggan, kami dapat tempat duduk yang agak corok cok kami berdua je, yang lelain yang datang tu semua macam rombongan cik kiah gamaknya. so nak ambik gambo tanda harga ni pun payah, kalau zoom terus blur je. senang cerita, harga makanan dan minuman dekat sini adalah agak berpatutan la.

8 comments:

Normi Nieza said...

rindunnya nak g mkn situ..:)

g0m0k9enDek said...

ya ampunnn.. laponyeeeee... menggoda sungguh makanannye.. huuuu~~

Nurzakiah Hanum said...

sedapnya

Fizalinolie said...

Besarnya gelas fresh orange. Murah pulak tu. Kalau fiza confirm tak habis :)

eMMe said...

Ann... mmg sunuk jalan2 kt Tganu.. plg sunuk bab makan2 la kan.. air gelas besar pun best la Ann.. tunggu anak2 dah besar skit.. dah reti makan... sonok la bwk dowg jalan.. ni dok bergantung cam hanbag lg... hahahaha...

Asha Lya said...

Murah tu air buah gelas besar rm3.50..memg brbaloi

Abe Kie said...

kena gi ke sana la nanti. dah 2 thn x ke sana...

anajingga said...

kak ana pernah ke Ganu sekali, memang makanangnya sedap2 belaka dan seronok berada disana :)