Friday, December 26, 2014

Cuti

Mesti ramai yang sambung cuti hari ni kan...Jumaat lagi. saya pun sama, sambung cuti...Isnin nanti baru masuk kerja semula. kalau masuk kerja today, for sure saya sorang je yang ada dekat department tu, orang lain semuanya cuti belaka. ada jugak yang bekerja tapi rasanya tak sampai 10 orang pun. apa lagi cuti saja la, bukan senang nak dapat cuti berderet gini kan. 

Semalam adalah hari Christmas dan ia merupakan juga anniversary ke 4 bagi saya laki bini. tiada plan bercuti ke mana2 memandangkan rata2 tempat pun tengah tengkujuh sekarang ni. tak tergamak pulak rasanya menggunakan duit untuk tujuan kegembiraan memandangkan masih ramai lagi mangsa banjir yang memerlukan bantuan. tak banyak atau sedikit tetapi bantuan itu begitu besar bagi mereka yang dilanda bencana seperti yang menimpa ahli keluarga or rakyat senegara seagama di pantai timur sana. marilah sama2 kita menghulurkan bantuan kewangan, makanan serta pakaian selimut untuk mereka. banyak saluran2 yang sah boleh dihulurkan bantuan2 ini...cuma tinggal lagi kita kena peka dengan setiap aktiviti2 kemanusiaan ini.
  
Malam tadi untuk tidak menghampakan, saya sediakan jugak nasi impit beserta kuih kacang untuk di makan bersama my laki di malam anniversary kami. okay la ek walaupun tiada kek sedap, makan tempat mewah...tapi cukup la sekadar memperingati hari ulang tahun perkahwinan ini. semoga rumah tangga kami aman damai, bertambah kasih sayang...setiap hari seperti hari pertama kami bercinta. 

2 comments:

aizamia3 said...

Happy anniversary..
Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat dan moga dianugerahkan kesihatan yang baik dalam menjalani kehidupan seharian

Mimy Hamid said...

hepi annivesaray kakak ku dan abg ....muah ciked