Wednesday, December 10, 2014

Pasport ditarik: Alvin, Ali kini berstatus PATI

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen hari ini menyenarai hitam serta-merta pasport milik blogger kontroversi, Alvin Tan, 25 dan aktivis politik, Ali Abdul Jalil.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim berkata, penyenaraian itu menyebabkan pasport yang dipegang oleh individu tersebut terbatal secara automatik.

"Imigresen akan menghantar surat rasmi ke alamat terakhir mereka selewat-lewatnya esok," katanya pada sidang media khas di sini, hari ini.

Menurutnya, Alvin dan Ali adalah pendatang asing tanpa izin (Pati) di negara persembunyian mereka iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Sweden.

"Sekiranya ingin pulang ke tanah air, mereka perlu memohon Sijil Perakuan Cemas di kedutaan Malaysia di negara persembunyian mereka," katanya lagi.

Info from : http://mforum2.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=16331
************************************************************************

Wah...ini kalau nak balik Malaysia jugak ni, mesti kena buat plastic surgery nih. bagi muka jadi macam pelakon ka model ka kan. tapi kalau dia nak duduk dekat USA pun sampai berapa lama je...takkan selamanya nak jadi pelarian. kesian dan memalukan at the same time. 

Takpe...tinggalkan mereka dengan kisah liku kehidupan mereka sendiri, diri sendiri yang menentukan corak hidup sendiri kan. meh ahkak nak citer pasal diri ahkak sendiri lol...

masih lagi bersekitaran di Ri-Yaz 

adoiii masa ni tengah gemoksss lagi...tak mampu rasanya nak tengok badan waktu ni, tapi sekarang da lain hiksss

Pusing2 bandar Kuala Terengganu semata nak mencari mall yang menepati citarasa, rupanya bukan senang nak jumpa pun. saya dok mencari kedai yang ada menjual seluar jeans waktu ni coz saya terlupa bawak extra. biasanya pun jarang saya nak bawak extra coz boleh cari je di saat memerlukan tapi terlupa pulak unsur sesuatu tempat tu kena difikirkan jugak. tapi at the end jumpa jugak la kedai yang ada jual Levi's jeans...hati ada lega di situ.

3 comments:

Nurzakiah Hanum said...

ada ke mall kat sane

Fizalinolie said...

Duatiga hari ni heboh jugak cerita pasal blogger Alvin. Tapi tak ikut sangat perkembangan berita mengenainya.

eMMe said...

amboi Ann.. baju seluar, shock red gituu.. hahaha...