Wednesday, December 24, 2014

Selera masih tiada

Walaupun demam sudah kebah, cuma batuk selsema yang tinggal lagi tapi selera makannya masih tak bangkit2 lagi. cuba untuk makan tapi paling banyak yang mampu telan pun just kurang dari lima suap. tapi still paksa untuk makan jugak coz rasa macam nak pitam pun ye jugak bila takde tenaga ni. 

Malam tadi sediakan dinner, lama dah dapur ku tak berasap. masak lauk simple2, ada rendang daging mak mertua bagi, perangat sekali. rebut telur asin buat budu segala demi nak membangkitkan selera makan semula...perhhhh tengok, sedap kan. my laki makan memang tau2 je la, bertambah2.

Tapi nanti hado berseleranya tekak daku. sungguhpun semua menu tu sebenarkan yang saya suka dan kalau ada tu mesti makan bertambah2 tapi TIDAK untuk kali ni. nampaknya kesan viral fever tu kuat ek...mampu melumpuhkan selera makan buat seketika.

2 comments:

Nurzakiah Hanum said...

TAKE CARE

g0m0k9enDek said...

sedap nampaknya lauk.. kalo saya demam mmg x selera makan! nak makan kurma jek.. hehe