Thursday, January 1, 2015

2015 is coming with SHINE

Hari ni kita dah menginjak sehari di tahun baru 2015...tahun yang dikatanya bakal mencabar penghidupan kita, bakal merubah segala yang dah biasa kita lalui, bakal memberi impak dari kesan ekonomi yang tidak stabil sekarang ini. tahun yang akan mengajar kita semua erti berjimat cermat, ubah cara hidup yang sentiasa mewah kepada bersederhana kerana ini semua adalah untuk kebaikan jugak. takkan kita nak mengubah hidup kita dari baik kepada yang tidak baik kan. 

Semoga di tahun baru 2015 ini memberi sinar bahagia dalam hidup kita sepanjang tahun. lebih mendekatkan diri pada Allah, sentiasa mengingatiNYA.

Untuk negara kita, semoga tahun 2015 ini kita tidak disajikan lagi dengan berita2 yang memeranjatkan seperti kehilangan pesawat, tanah runtuh, banjir lumpur or banjir besar. terlalu banyak musibah yang melanda negara kita sepanjang tahun lepas dan sehingga kini kesannya masih lagi terasa. semoga tahun ini kita berjaya menemukan semula pesawat kita yang hilang itu, MH370 dan tidak ketinggalan pada pesawat dari negara jiran kita, AirAsia QZ8501. kita pernah melalui keadaan itu, maka kita support la negara jiran kita untuk menanggani masalah yang sama ini. semoga segalanya kembali dengan selamat.

Tiada juga azam untuk tahun baru ini, saya akan just follow the flow. ada perancangan tapi perancangan dari ALLAH adalah yang terbaik. cuma berazam untuk hidup lebih baik dari tahun sebelumnya. stay healthy and be healthier every day. lebih sayang cinta mencintai dengan my laki. sangat bersyukur dengan apa yang kami miliki kini. kan dah kata, perancangan dari ALLAH adalah yang terbaik :P

Aktiviti semalam, picnic bersama anak2 buah di rumah sewa diorang. kami laki bini datang bungkus lauk pauk siap, anak buah dah pesan sediakan nasi je. sedap jugak sekali sekala makan gaya gini, pegi makan umah anak dara bujang...makan pun kena ada gaya orang bujang jugak lol.

once again - ~Selamat Tahun Baru 2015, semoga tahun ini memberikan kita sinar bahagia~

6 comments:

anis abdullah said...

Selamat tahun baru ann. Bila nak jumpa Babe?

Kakzakie said...

Mengharap semuanya baik-baik belaka di tahun ini ye Ann..

Pandai juga anak buah Ann, dia masak nasi aje lauk mak/pak sedara tolong beli:)

Normi Nieza said...

selamat thn baru..:)

ejulz said...

Selamat Tahun baru.. :)

Jemput singgah "Trip ke Sabah naik Myvi" tQ

Like page "Ejulz Blogshop" jika sudi.. Terima kasih

Asha Lya said...

Slmt thn baru juga :))

Nur Inani said...

selamat tahun baru :D