Wednesday, January 14, 2015

Bahan Binaan Menghempap Trek Lrt Kelana Jaya Line!

KUALA LUMPUR: Sistem LRT Laluan Kelana Jaya mengalami gangguan seketika akibat bahan binaan yang jatuh berhampiran stesen LRT Kerinchi pada jam 2.30 petang tadi.

Jurucakap Rapid KL berkata, susulan insiden itu tren LRT di laluan itu beroperasi secara berselang-seli atau alternate dan telah menyebabkan sedikit kelewatan. 

"Pengguna dinasihatkan supaya mengambil kaedah alternatif bagi pengangkutan awam," kata seorang jurucakap Rapid KL dalam satu kenyataan sejurus selepas kejadian.

Tambahnya, kerja-kerja sedang dijalankan oleh jurutera Rapid KL untuk membaiki kerosakan. 
Kerja membaikpulih dijangka siap pada jam 9 malam ini.

info from: http://mforum.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=16911
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sapa yang menggunakan perhikmatan Putra LRT Isnin lepas pasti terkena tempias dari insiden ni. rasanya construction area tu tak pasang net kot untuk mengelakkan objek jatuh direct to others premises. memang susah kalau lrt ni ada masalah, mulalah adegan tolak menolak terjadi, dalam tren jangan cerita...sikit lagi nak jadi apam penyet. 

Mujur semalam saya balik naik Star LRT, tapi roger my laki untuk stay lama dekat office...kalau boleh balik lepas maghrib je. bila dia keluar office around 8++pm, lrt dah beroperasi seperti biasa.

Pagi tadi saya Putra LRT, macam biasa gerak lancarnya. debor jugak hati ni, buatnya meragam sama pulak.

Dah sampai office, dapat pulak breakfast percuma lagi. almost hari2 ada, tinggal nak makan dengan tidak je lagi. saya kalau tak habis, memang bawak balik rumah. sayang weh makanan dibuang2 tanpa di makan. orang dekat tempat lain berikat perut menahan lapar dan dahaga...hargailah segala rezeki yang ada kerana esok lusa belum tentu kita mendapat nikmat yang sama seperti hari ini.

7 comments:

Kakzakie said...

Ann tak ada anak menanti tak kisah balik lewat..

Untungnya tiap hari ada yg bagi breakfast foc.

Nurzakiah Hanum said...

bestnya

Rai OurKizuna said...

ooo..saya ni tak tau kisah.. alhamdulillah tak melibatkan kemalangan jiwa.

bestnya dpt makanan..hehehe

nuyui a.k.a miss YUI said...

Bhaya tu..

Najib Ariyan said...

by now rasa nya dah pulih ke belum? kawasan Kerinci tu memang penuh dengan binaan di sana sini kan... pernah guna laluan tu...

QasehnyaRania said...

bahaya kan
betul tu.xhbs mkn blh simpan..
jgn membazir :)

Cho Zila said...

macam2 yerk.. dah berkali2 kenanyer tu.. bilalah nak oknyer...