Thursday, January 29, 2015

Beras...

Saya sangat jarang beli beras yang dekat2 supermarket tu...ala brand sekarang2 ni la, tak perlu mention la ye. saya sangat suka makan nasi dari beras Serindit or Cap Pisang dan beras tu so far saya tak pernah jumpa jual dekat KeeL ni. beras Serindit tu pulak hanya ada jual di Kelantan or Kuala Terengganu, setiap kali balik kampung or my sibling ada yang pegi Kelantan, mesti akan beli beras ni buat stock. kami semua adik beradik anak beranak memang makan beras jenis ni je, kalau buat nasi dagang sedap weh. 

Kalau beras Cap Pisang, saya selalu beli dekat Kemaman. dekat dengan rumah je pun kedainya. sometime balik Kemaman semata nak beli beras, lepas tu balik KeeL balik...memang gigih kawe rase ni :p mujur lagi masih berdua dan jarang memasak, kiranya kalau beli beras 10kg tu boleh bertahan sampai 1/2 tahun jugak la. sometimes beras pun dah berkumbang sebab simpan lama.

Lagi satu beras yang sentiasa ada di rumah saya, beras perang. sometimes saya suka campur beras putih bersama beras perang, masak sekali. beras perang kan bagus untuk kesihatan, ahkak ni memang obses benda2 kesihatan macam ni :p hanya beras perang ni saja yang saya beli di supermarket. senang nak cari. 

Antara kebaikan beras perang, ia mengandungi mineral magnese sebagai bahan anti pengaratan dalam tubuh badan. badan kita ni dah terlalu banyak toksin, jangan di tambah lagi dengan bahan2 yang tidak sepatutnya berada dalam badan kita. 

Yang ni saya suka, dan untung jugak kerana my laki also suka makan nasi beras perang ni. maklum la my laki tu abang sado dek, nak bagi kecik molek memang dalam mimpi je tapi kalau nak bagi mengembang lagi...rasanya boleh lagi tu. sekarang ni kami boleh mengekalkan berat badan yang ideal walaupun hari2 makan nasi. secara tak langsung ia juga mampu menurunkan paras kolesterol dalam badan.

Orang kata kalau penyakit tu nak datang, datang jugak kan. okay saya sokong statement macam tu tapi tak salah jugak sekiranya kita mengelak dari penyakit itu datang. kan lebih molek bunyinya, "mengelak lebih baik dari merawat". dalam beras perang juga ada mengandungi selenium dan fiber/serat yang bertindak sebagai anti kanser.

Selain daripada itu, beras jenis ini jugak baik untuk wanita yang menopouse untuk menjaga jantung dan mengawal darah tinggi dan mengurangkan penyakit kencing manis jenis ke 2. banyak jugak vitamin di dalamnya seperti B1, B2, B6, zat besi, fosfat dan kalsium yang lebih tinggi berbanding beras putih biasa.

Cara nak masak nasi menggunakan beras perang, masih sama jugak prosesnya dengan beras biasa cuma air kena lebihkan. nak lagi better texture, rendam dahulu sebelum masak. 

Okay selain dari beras perang, saya suka jugak makan beras merah...ah ada banyak jenis beras rupanya ek. dulu2 saya ingat beras ni satu kaler je, rupanya dah berkaler2 pulak. mulanya saya belajar makan beras merah ni daripada my boss, dia bagi saya beras merah from Bintulu yang baru di tuai katanya. rasanya pada saya sama lebih kurang dengan beras perang, so boleh je saya and my laki makan. memang sedap and kami suka beras ni. sekarang ni kalau ada kawan2 yang nak balik Bintulu or Kuching or Miri, memang saya order je dari diorang. dekat KeeL ni tak tau pulak dekat mana ada jugal beras merah ni, ada sesapa tau boleh la share ye...nak sangat cari beras ni sekarang. dekat rumah tu hanya ada 3 bungkus je, going to finish dah.

8 comments:

Nurzakiah Hanum said...

bagus kan beras nie

Kakzakie said...

Kakak kalau di office ni tiap hari masak guna beras perang juga Ann. Tapi di rumah beras biasa sebab anak-anak kakak tak suka beras perang..

muis ismail said...

family sy pun mmg guna beras serindit je. Sy plak mmg anti dgn beras nasional ni, tekstur x kena dengan tekak.hehe

Najib Ariyan said...

di rumah biasanya saya makan beras perang... di luar kalau makan saya terpaksalah makan beras putih...

tiga lalat said...

Salam. Hee seperti beras bukit sarawak.

umi alya said...

Beras perang, sedap tak rasanya Ann? tunjuk gambar nasi beras perang plsssss..

achuyah said...

As salam....adik kakok....hok ado di KL/SELANGOR.....saya ada jual beras siam...lokasi selayang....01115672100

dzul said...

as salam semua.jika mahu membeli beras siam cap arnab mas sy boleh cod
di tempat anda sekitar lembah klang...wassap sy utk order faridzul 013-6757045