Thursday, January 22, 2015

Kelam kabut punya hari

Tak tau la hari ni kenapa...serba macam tak kena je rasanya. ke perasaan saya yang tak set baik2 ke hapa pun tak tau.

Pagi tadi bangun macam biasa walaupun dah 6am, sebenarnya saya selalu bangun lagi awal dari itu coz nak masak bagai untuk bekalan di office tapi entah la pagi tadi macam liat je mata ni nak bukak. kucing pun elok je belengkar sama tepi saya, meh sama2 sambung tido balik. ehhhh....kucing ahkak dah bersalin tau, erm gembira betul hati ni. sungguh pun dah bersalin ada anak tapi tetap nak tido dengan saya. jangan satu hari nanti dihangkut anak2nya sekali naik katil sudah la.

Lepas mandi siap2 makeup2 bagai, kejut pulak my laki bangun. ini memang satu hal lagi, mamat ni liat la pulak nak bangun pagi tadi. dah bangun tapi boleh dok tafakur menung2 tatap baby2 kucing tu pulak, ishhhh susah jugak kalau dah laki bini pencinta kucing tegar ni sampai nak suruh mandi pun liat. 

Makanya keluar rumah pun dah lewat jugak, eh 730am tak lewat la ek tapi pada saya kira lewat jugak tu sungguhpun flexible hour. entah ke apa halnya hari ni semua jalan keluar dekat kawasan rumah tu jammed. my laki mula la membebel sepanjang jalan, saya memang tak ambik hal...kalau menyampuk nanti mau jadi bergaduh pulak. stuck dekat kawasan rumah je 45mins...faham2 je la macam mana rasanya kan. 
   
Manage sampai office 10mins lagi sebelum 9am, tak kalu my boss dapat RED alert dalam system dia...dan tak pasal2 saya dapat auto warning, bila system merajai manusia...macam ni la jadinya. kita pulak yang jadi takut dengan system...ishhh. tetap rasa bersyukur sekurang2nya masih boleh lagi ke tempat kerja dengan selamat sambil baca doa memulakan tugas dengan lapang hati. rezeki datang lagi bilamana ada breakfast free lagi, dapat mango juice dengan mix fruits...alhamdulillah. 

...bekerja untuk hidup, bukan hidup untuk bekerja <3 font="" nbsp="">

8 comments:

anis abdullah said...

Hari ni mmg jammed teruk. Ada 4 accident katanya.

nuyui a.k.a miss YUI said...

Huhu.. mmg risau kalau lmvbt msuk kerja

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Kagum saya dgn pencinta kucing.
Saya suka jugak.. tp tak teliti nak jaga.
Takut ada plak yg mati terbiar sbb tuannya selalu travel.

aKSARAfENDI said...

kenyang tak bfast mcm tu je?hehehe

Abe Kie said...

as salam. sek abe kie dekat aje...tp sejak kahwin ni asyik tiba lewat je..maklumlahkan dah byk tanggungjwb?

Kakzakie said...

Paling leceh rasa kalau keluar aje rumah dah jumpa jem. Mood mesti merudum jadinya..

Najib Ariyan said...

cari rumah tepi opis lah... bangun tido boleh bertafakur lama sikit... hahahaha

SyamilaMohd said...

kerja memang perlukan kesabaran kan....