Friday, January 30, 2015

MH370: Keluarga tidak akan terima pengumuman DCA tanpa bukti

KUALA LUMPUR: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan mengadakan satu sidang media petang ini berhubung pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang lebih 10 bulan yang lalu.

Panggilan sidang media itu dimaklumkan kepada media melalui satu e-mel yang dikirimkan pada pagi ini.

"Jabatan Penerbangan Awam Malaysia dijadual memberikan perkembangan mengenai insiden MH370," tulis e-mel berkenaan.

E-mel itu juga memaklumkan satu taklimat teknikal berhubung misi mencari pesawat yang hilang itu akan diadakan pada petang Jumaat.

Pesawat jenis Boeing 777-200ER itu hilang 40 minit setelah berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing pada 8 Mac tahun lalu. Ia membawa 239 penumpang dan anak kapal, termasuk 50 orang rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, ahli keluarga dan waris mereka yang menaiki pesawat berkenaan meminta pihak berkuasa Malaysia untuk tidak mengisytiharkan pesawat itu sebagai hilang, tanpa sebarang bukti.

"Kami telah nyatakan sebelum ini dan kami ulangi lagi bahawa kami sedia menerima sebarang kemungkinan termasuk hakikat mereka yang tersayang tidak akan pulang. Bagaimanapun, semua ahli keluarga sepakat tidak mahu mengisytiharkan mereka meninggal dunia tanpa sebarang bukti," kata mereka yang menamakan diri sebagai Voice 370 dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.

Ahli keluarga dan waris itu berharap pihak berkuasa yang terlibat akan meneruskan usaha mencari pesawat itu sampai jumpa.

Voice 370 juga memberitahu telah dimaklumkan oleh pihak berkuasa Australia mengenai perkembangan usaha mencari pesawat berkenaan yang mengikut perancangan dan sudah meliputi satu pertiga daripada kawasan carian.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi pada Rabu dipetik mengumumkan Kementerian Pengangkutan akan mengeluarkan laporan interim hasil siasatan kehilangan pesawat itu pada 7 Mac ini, genap setahun kehilangannya.

Beliau kemudian melalui satu siaran media membayangkan tarikh berkenaan belum muktamad dan laporan itu "dijangka akan dikeluarkan sekitar ulang tahun pertama kejadian MH370".

info from : http://mforum.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=17251
********************************************************************************

Speechless, tiada sebarang ayat yang mampu diungkapkan bilakala mendengar pengumuman dari DCA petang semalam. kita sebagai pendengar dan sebagai saudara seagama hanya mampu mendoakan yang terbaik buat mangsa serta waris keluarga mangsa. yakinlah Allah sentiasa melindungi umatnya, kita hanya perlu berdoa dan berdoa memintak pertolongan dariNYA yang Maha Esa.

Petang semalam punya kisah, hanya pergi gym dekat office saja. memang tak suka sangat nak jadi hamster ni tapi kadang2 tu kena jugak. since my laki balik lewat and i have to wait for him coz we are pool car. biasanya saya rajin ke KLCC untuk jogging tapi semalam macam banyak barang nak kena angkut so batalkan je niat nak ke KLCC.   

have to run, run and run even like a hamster...giloz slow, 47:27 for 4km (- _-') nampak sangat kemalasan dan keboringan lari guna treadmill ni

punca utama yang menjadikan saya kena lari jugak semalam coz lunch hour tu saya makan naan cheese. teringin sangat tekak ni + jiran2 sebelah meja pun order jugak...keliur la pulak. saya dalam proses for weigh gain, kira tak berdosa la ek makan naan cheese ni 

1 comment:

LYAfrina said...

sedih mengenangkan MH370..harapnya, akhirnya cerita sebenar terjawab juga