Wednesday, February 4, 2015

Menu di Hari Wilayah

Masakan yang paling senang, simple orang moden kata la...main campak2 je dalam kuali tu dan dah jadi masakan yang sedap akhirnya. bersempena hari cuti Isnin lepas bersamaan b/forward cuti Hari Wilayah yang jatuh pada hari Ahad tapi my laki tetap kerja maka dia sempat balik rumah for lunch. semenjak dia dah tukar ke Ampang Park, sangat dekat untuk balik ke rumah.

Okay nak resepi ek, ambik je dekat bawah ni... 

hidangan ready, tunggu my laki sampai je lagi...

1. Ayam
2. Cili kering - dikisar
3. Bawang putih dan halia - dihiris
4. Serai dan cili padi - diketuk
5. Sos tiram
6. Ubi kentang - dibelah 4
7. Serbuk kunyit
8. Garam dan gula

Cara memasak:
Bersihkan ayam dan gaulkan dengan garam + kunyit. panaskan minyak dan goreng ayam sampai garing. selepas itu masukkan halia + bawang putih dan kacau mesra. kemudian masukkan sos tiram + serai dan biarkan sebentar, selepas itu masukkan ubi kentang, cili padi dan perasakan dengan garam + gula. boleh dihidangkan dengan nasi putih. hahhhh senang kan...main campak2 dalam kuali dah jadi lauk kan.

Saya pulak kalau makan nasi dekat rumah, mesti nak kena ada ikan jeruk goreng dengan bawang cili + perah asam limau...memang wallahhhh

Rupa paras macam tak menarik je kan sawi goreng ni...ini kalau dekat kedai nasi campur, memang tak sudi customer pun tak sudi ambik. tapi percayalah, my laki makan sampai habis, berani dia kata tak sedap kan...kihkihkih

4 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

Nyum2 sdp ni kak...

Inani Hazwani said...

sedapnyaaa :)

Yaya Azura said...

ikan jeruk tu sangat menggoda tau! kalau makan dengan nasi puith panas2 tak perlu kuah dah..

Kakzakie Purvit said...

Itulah penangan masak hasil airtangan sendiri Ann. Sedap sebab ikut selera kita:)