Thursday, February 26, 2015

Normal life

Takde banyak isu berlaku semalam, baik dari emosi dan orang2 sekeliling. semuanya berputar seperti yang ditentukan olehNYA. cuaca pagi sehingga petangnya panas memancar, malam pulak agak sejuk...hujan turun di bumi Ampang, alhamdulillah. 

My laki semalam off duty, saya pulak masih sibuk dengan activity selepas waktu kerja...biasalah activity membuang air peluh yang banyak :p ini MESTI

Lepas keluarkan peluh, tahap kelaparan tu agak meninggi tau tapi itu bukan lesen untuk boleh makan dengan kadar yang banyak di sebelah malam. tapi saya masih boleh lagi untuk menikmati segelas white coffee and my laki with his black coffee.

Menu makanan jugak agak berasingan, ikut anak masing. saya cukup sekadar makan kepok lekor je. ini stock yang terakhir, lepas ni kena pegi rumah my bro untuk ambik stock kepok lagi. kalau dia jugak dah habis kepoknya, balik la daku ke kampung semata nak beli kepok losong ini weekend.

My laki nak makan bubur kacang hijau dengan durian cecah pulak sama dengan roti. abg sado lagi agam ni mana nak makan sikit2 kan...semangkuk bubur tu dia bedal sorang je. penat dah daku tarbiahkan, jom la lari, jom la pegi gym, jom la morning work...tak dilayannya dehhh

3 comments:

Nurzakiah Hanum said...

bestnya

kakyon said...

biasalah Ann..laki ni bab makan no.1. bab main lari2 anak pun jatuh no 10.apatah lagi berjogging or gi gym, lapangan tu pun taknak terima mereka gamaknya..hehe
roti cecah kuah durian memang sedap..

Khai♥Rin : anies said...

waduhhh sodap nyerrrr