Monday, February 23, 2015

Puding Marble

Weekend yang lepas sempena cuti panjang tapi still tak ke mana2 pun, makanya kita main masak2 lagi. kali ni nak buat desert pulak, Puding Marble.

Bahan A
25gm serbuk agar2
190gm gula pasir
650ml air

Bahan B
1 tin susu cair
3 sudu makan tepung jagung
2 biji telur 1/2 sudu teh esen jagung

Bahan C
Sedikit pewarna kuning

Bahan D
1 sudu makan serbuk koko
1 sudu makan pes coklat emulco
1/2 sudu teh serbuk nescafe
2 sudu makan air

Didihkan Bahan A sehingga gula hancur. masukkan Bahan B yang telah dikisar dan kacau sehingga sebati. apabila mendidih dan pekat, tutup api dan ambil 1 1/2 cawan adunan dan campurkan dengan bancugan koko (Bahan D). adunan yang satu lagi diwarnakan dengan warna kuning (Bahan C) dan kacau rata. tuang kedua2 adunan tadi ke dalam bekas secara berselang seli or ikut corak yang uolsss suka sehingga habis. biarkan sejuk dan potong. makan masa musim2 panas ni memang ermmmm tak sedar habis sebekas :p

3 comments:

Nurzakiah Hanum said...

sedapnya

Sue Bee said...

Nak gak cuba resepi ni, ann. Nampak sedap!!

Aty_Fared said...

lama tak buaat puding yang satu ni... nak buat lah hujung2 minggu ni.. :)