Wednesday, February 25, 2015

Wedding invitation

Last Sunday, perhhh memang panas berdenting hari tu. kalau jemur kain tu confirm kering 2-3 round basuhan. masa panas terik ni la hari yang paling sesuai untuk buat kenduri kendara kan. senang orang kata, orang pun ramai dapat datang bertandang. kalau dekat kawasan kampung2 dolu2 la, mesti nampak kain baju atas bumbung rumah. petua orang2 veteran kalau tak nak hari hujan semasa majlis sedang berlansung. masa tu saya percaya wehhhh, lepas habis majlis ambik semula kain baju tu...confirm hujan turun hihihi. itu semua adalah kebetulan kan, cuaca ni bukannya kita punya kuasa nak kawal.

Berbalik semula pasal last Sunday, saya attend wedding invitation kawan sekerja dekat Seremban...ahkak balik kg la kiranya. sepanjang berjalanan pegi tu memang cuaca panas. perut memang dah sedia kosong, lapo jangan dikabo + tekak dah terbayang2 untung2 adalah cendol rumah perantin nanti hendaknya. orang Somban kalau buat kenduri mesti ada cendol, kalau tak...tak cucup nogori tu. 

Hidangan rumah perantin, sambal sotong tu sedap kemahin ko...ahkak bangun 2 kali pegi tambah sotong lagi. 

Tidak menghampakan, ada cendol Songkok Tinggi i tell u. ahkak rasa macam nak serbu cendol serta merta, tak payah makan pun takpe. nasib baik laki ahkak sempat azankan di telinga, gempita syaiton lari dari diri ahkak yang tengah alpa ni hiksss. 

Habis makan, habis minum cendol tersedap seantero seremban, tunggu perantin habis makan dan terus kami pegi bergambo dengan perantin. tapi macam biasa ahkak memang takkan letak gambo perantin dalam entry ni, baik la letak gambo abg sado lagi agam ni...pulang modal gak :p

4 comments:

Nurzakiah Hanum said...

perghhhhhhhhhhhhhh

Najib Ariyan said...

alahai... nak puji puji cendol tu kalau yer pun letak lah gambar sebijik... leh belek2 juga apa bahan nya...

Khai♥Rin : anies said...

tu sebab lapo ke or mmg betul2 sedap? hehehe

afzalsukasuki said...

cendol songkok tinggi memang ohsem. hari tu ada majlis kenduri kat Dengkil, dorang tempah cendol songkok tinggi

cukup rasa..sedap bak hang!