Tuesday, March 10, 2015

Billionaire Zionis Warisi Cip Paling Canggih Dalang Mh370?!!


MISTERI kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang genap setahun gagal ditemui pada 8 Mac ini terus menarik minat ramai penganalisis antarabangsa, sekali gus merungkai pelbagai teori dan spekulasi di luar jangkauan imaginasi.

Antara yang hangat dibincangkan menerusi laman maya seluruh dunia ialah kemungkinan insiden itu sebenarnya sudah dirancang rapi sekumpulan pemodal Zionis antarabangsa bagi mewarisi satu paten cip rahsia paling canggih pernah dicipta.

Kononnya, sekumpulan empat penyelidik cip mikro dikenali sebagai KL-03, versi terbaharu daripada KL-02; berada dalam pesawat Boeing 777 itu dalam perjalanan pulang ke tanah air di Suzhou, China selepas sekian lama bertugas di Malaysia.

Kilang Freescale Semiconductor di Petaling Jaya, Selangor. – Gambar hiasan

Peidong Wang, Zhijun Chen, Zhihong Cheng dan Li Ying merupakan pencipta cip paling berkuasa itu dan berkhidmat dengan kilang pembuatan berpusat dari Texas, Amerika Syarikat (AS), Freescale Semiconductor di Petaling Jaya, Selangor.

Mereka malah termasuk dalam kumpulan 20 petugas firma teknologi tinggi itu dipercayai dalam perjalanan untuk mengembangkan cawangan kilang tersebut di Tianjin, China dan sudah memfailkan paten cip itu di AS pada 21 Disember 2012.

Cip berkenaan yang dibangunkan sejak 50 tahun lalu berfungsi sebagai alat komunikasi medan perang, sistem avionic, radar HR jalur L dan S, pemanduan peluru berpandu, perang elektronik serta sistem pengenalan sahabat dan musuh.

Prototaip bentuk cip mikro paling canggih di dunia, KL-03.

Malangnya, hak cipta atau paten cip itu hanya berkuat kuasa pada 11 Mac 2014 dan menurut peraturan AS, jika pemohon dan pencipta produk tersebut meninggal dunia, hak ke atas ciptaan berkenaan akan diwarisi pemegang penama.

Di sinilah timbul teori konspirasi kerana secara kebetulan penama itu ialah Freescale Semiconductor dengan pemiliknya, Jacob Rothschild sendiri, billionaire Zionis yang nenek moyangnya menjadi pemodal sistem perbankan dunia Barat.

Perkara ini bertambah ‘panas’ kerana firma itu dalam kenyataan selepas peristiwa kehilangan MH370 pada 8 Mac 2014, menjelaskan bahawa kesemua staf mereka adalah jurutera teknikal dan pakar berpengalaman dalam bidang cip canggih.



Jacob Rothschild

Tidak pasti apakah agenda tersirat Rothschild, 78 tahun, beria-ria mahu mewarisi paten cip KL-03 sehingga sanggup menyebabkan satu tragedi besar dengan mengorbankan 239 nyawa tidak berdosa dalam pesawat MAS berkenaan.

Untuk rekod, warga British ini yang dianggap penderma pemurah ialah presiden kehormat Institut Penyelidikan Dasar Yahudi dan amat bertanggungjawab dalam merangka strategi 100 tahun perancangan Zionis ke atas masyarakat dunia.

Mungkin tanpa disedari, kejadian MH370 sengaja direka pihak Zionis sebagai teknik ‘false flag’ bagi menutup satu isu besar dengan mewujudkan isu baharu yang tampak realiti, namun melibatkan harga tidak ternilai untuk dibayar. – Agensi


info from: http://mforum.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=18053
***********************************************************

Begitu pantas masa berlalu, masih terasa lagi kisah kehilangan pesawat MH370 ni seperti baru semalam berlaku. setahun sudah rupanya kita kehilangan pesawat MH370 yang tidak tau mana arah tuju terakhirnya. kepada ahli keluarga penumpang dan anak2 kapal MH370, semoga kalian semua terus tabah menghadapi ujian hidup ini. 

Macam2 speculasi pulak sekarang ni, dulu diwar2kan pasal manggis, lepas tu ada emas bagai tapi sekarang dah timbul pulak isu pasal cip canggih. terasa seperti kisah MH370 ni menjadi sesuatu yang menarik untuk diikuti. 

Saya dan jugak kita semua tentunya sangat berharap agar misteri kehilangan MH370 segera selesai. tak sanggup rasanya untuk terima kenyataan, kalau mati tunjukkan mayatnya...tak lah ahli keluarga menanti2 pada benda yang tak pasti. 

Malam tadi alhamdulillah, hujan turun lebat...sedap tido sejuk2 je. kucing2 pun berebut2 sama nak masuk dalam selimut. 

Balik kerja lewat, dalam hujan lebat tu redah pegi ke Jln Yap Kwan Seng ambik my anak buah pulak. dia pun terperangkap tak boleh nak redah, mau kuyup bila sampai KLCC nanti. lepas tu terus bawak pegi dinner, light dinner only.

Teringin nak minum blended, sejuk2 pun belasah je lah bersama dengan salad of course saya punya. my anak buah minum air je.

Poppy Citrus Salad...yummy

3 comments:

Khai♥Rin : anies said...

kalu betul mmg x syak lg laa

Najib Ariyan said...

Salam...

Rasanya teori chip ni bukanlah spekulasi baru malahan telah wujud semenjak kehilangan MH tu lagi... saya ada terbaca kononnya satu teknologi telah dicipta di Malaysia oleh jurutera dari China dan dibawa dalam MH tu sendiri... sebab tu MH diculik dan bukan di tenggelamkan... kemudian kapal tu dilenyapkan di lautan dalam... seandainya jurutera dan teknologi ni sampai ke China... maka China akan menjadi semuah negara tak terkalahkan...

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam ann,
weehuuuuu
salad itu tempting hokeyh