Wednesday, March 11, 2015

Cengkok Kucing Kanggaru

Pontian: Kucing jantan milik seorang warga emas di Kampung Rambah Hulu di sini, bagaikan kanggaru kerana dilahirkan dengan dua kaki hadapan pendek  tiga tahun lalu.

Sanusi Hassan, 69,   berkata, kucing berkenaan  hidup sihat sehingga kini. 


Bapa kepada enam anak hasil perkahwinannya bersama Toliah Sudir, 67, berkata,  dia tidak pernah melihat kejadian itu hingga menimbulkan tanda tanya dalam kalangan ahli keluarga,  malah turut menarik perhatian penduduk kampung.

“Kucing itu   saya namakan Cengkok. Ia pemalu dan   menyembunyikan diri apabila   orang tidak dikenali datang ke rumah.

“Mungkin kerana dia sedar keadaan dirinya lain daripada kucing lain. Kadang-kadang Cengkok merangkak dan     menggunakan dua kaki belakang untuk berjalan seperti kanggaru,” katanya.
Sanusi berkata, dia memelihara berapa ekor kucing yang kebanyakannya datang sendiri atau dipungut   di tepi jalan.

  

info from: http://mforum.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=18110
*********************************************************************

SubhanaAllah, besar sungguh kekuasaanNYA...begitu comel kucing ni. kalau ada depan mata ni nak je saya dukung cium2. alhamdulillah kucing ni baik dan sihat sehingga kini, dah besar jugak nampak dari gambar tu. bagus tuannya menjaga, cukup makan tempat tinggal semua terjaga. 

Berharap sangat satu hari nanti saya mampu memiliki rumah yang ada halaman, saya teringin nak buat rumah kucing sama macam my sista buat. kutip kucing2 jalanan tu dan jaga dengan baik. kesian betul kucing2 tu, ada yang kurus sangat sebab tak dapat makanan. oh hati...mudah sangat jatuh kasihan kalau dengan kucing ni.

sangat2 teringin nak makan nasi kandar ni, kira dah sampai tahap tido malam mimpi makan nasi kandar (ko hado)...tak boleh jadi, mesti pegi makan jugak - takpe la today ahkak derhaka sikit pada perut, kang kepunan sapa jugak yang susah :p

Tengah hari tadi saya pegi makan dengan dekat Ibrahimsha Nasi Kandar @ Jalan TAR. antara my fav nasi kandar dekat KeeL ni. kalau uolsss nak mencuba makan nasi kandar dekat sini, dinasihatkan datang sebelum 12 tengah hari or selepas 2 petang setiap hari kerana kebiasaanya pada waktu tu kedai ni memang sangat penuh dan queue pun panjang. tadi pun saya pergi dengan kawan, 12noon dah terconggok depan kedai tau...alhamdulillah dapat jugak tempat duduk walaupun dah nak penuh jugak meja waktu tu.

Antara menu yang biasa saya ambik setiap kali datang makan dekat sini, ermmm semestinya nasi putih, kuah banjir kasi campur semua, sayur dengan ayam masak madu. ayam masak madu ni bersize besar dan sangat lembut, kebiasaannya saya akan share dengan kawan...tak mampu nak habiskan seorang. rasanya ayam tu diorang potong empat or enam je kot. additional mesti kena ambik cili hijau tu. suka la makan cili tu gitu je, rangup sungguh...pedas sikit tapi memang kalau tak ambik cili rasanya tak lengkap menu tau. so kalau makan nasi kandar mesti/harus ambik cili hijau ni sekali ye, baru awesome. berkenaan dengan kuah banjir campur, bila segala kuah yang ada tu dicampurkan menjadikan rasa yang sedap, susah nak describe tapi memang sedap...i love it. akan ada rasa pedas, manis and all combination of kari tu menjadikan kuah tu bertambah sedap kalau dicampurkan. jadi janganlah complain pulak kata pinggan makanan uolsss tu sememeh je dengan dengan percikan kuah kari, its natural okay...barulah feelingkan. harga makanan tu lebih kurang RM8 ke atas bergantung kepada menu yang uolsss pilih. lagi banyak isinya lagi mahal harganya, normal lah tu kan.

Kalau uolsss nak mencuba makanan dengan Ibrahimsha Nasi Kandar ni, cer check address dekat bawah;

68, Jalan Tunku Abdul Rahman,
50100, Kuala Lumpur (berderet dengan Coliseum Cafe)
Tel: 03-2693 6680
7.00am to 7.30pm (setiap hari)
Jumaat: Tutup at 12.00pm   

6 comments:

nusha fasha said...

Subhanalllah
Comel.sgt kucing tu...

Ns kndr pun nmpk menarik
Heheh

Khai♥Rin : anies said...

untung dia dpt penjaga mcm tu..

Asha Lya said...

Comelnya kucing...appasal nasi kandar tu nmpk sdp sgt huhu

nusha fasha said...

Sggh ptg ya...

Tihara said...

betul, memang somel sanagat kucing ni
kalau akak jumpa pun akak feluk2

sedapnya nasi kandar tu :)

yen(toka ziizokukuto) said...

salam kenal :)

wah anugerah,,,,,rare kucing tuh huhuhu,,,tapi lagi rare cerita kedua tu,,,adoiiii,,,,lapaaarrrr hihihihih