Friday, March 27, 2015

Hudud Boleh Hakis Hak-Hak Wanita

Ratna berkata, enakmen itu dilihat bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, namun ia masih berlandaskan prinsip yang dinyatakan Nabi Muhammad S.A.W dan al-Quran.

KUALA LUMPUR, 26 Mac: Pindaan terhadap Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di Kelantan, dengan memasukkan pelaksanaan undang-undang hudud, hanya akan menghakis hak-hak wanita.


Perkara itu ditegaskan Pengarah Eksekutif Sister In Islam (SIS), Ratna Osman yang menyatakan, enakmen tersebut dilihat bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Namun, ia masih berlandaskan prinsip yang dinyatakan Nabi Muhammad S.A.W dan al-Quran.

Beliau bagaimanapun bimbang dengan enakmen yang bercanggah Perkara 8 (2) mengenai kesaksamaan gender.

“Kanun Jenayah Syariah (II) di Kelantan menggariskan, wanita tidak boleh menjadi saksi. Seksyen 41 (1) menyatakan, setiap saksi hendaklah Muslim lelaki dewasa yang akil baligh dan menolak orang bukan Islam sebagai saksi.

“Bagaimana jika jenayah itu disaksikan hanya wanita bukan Islam atau Muslim? Adakah tertuduh kemudian dibebaskan,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.

Memetik kisah Dr Nik Noriani Badli Shah yang merupakan ulama SIS, Ratna berkata, wanita itu kehilangan saksi dalam kes hudud dan qisas (pembalasan) yang dihadapinya.

Nik Noraini dalam kertas kerjanya ‘Man-Made Codifications hudud’ pada 2002 telah menulis satu contoh berkaitan kes seorang gadis dirompak dan wanita yang dirogol seorang lelaki tidak diketahui.

“Sebagai contoh, terdapat kes di mana Rasulullah S.A.W menerima bukti seorang wanita, apabila seorang gadis yang telah dirompak dan dipukul teruk dan seorang wanita yang telah dirogol oleh seorang lelaki tidak dikenali dalam perjalanan ke masjid untuk solat subuh, seperti yang diriwayatkan Abu Daud dan Tirmidzi, ” tulis Nik Noraini.

Beliau turut menyatakan, isteri Khalifah Uthman merupakan satu-satunya saksi yang melihat pembunuhan suaminya.

Tiada apa-apa bantahan yang dibangkitkan, sekiranya tiada saksi lelaki, permintaan bagi qisas tidak dapat dipertahankan.

Ratna berkata, hukuman di bawah Seksyen 17 (2) enakmen terhadap qazaf (tuduhan palsu zina atau liwat) adalah bertentangan qazaf dalam al-Quran.

Seksyen ini menyatakan, seseorang yang dituduh berzina atau meliwat adalah tertakluk kepada hukuman 80 sebatan, melainkan dia didakwa merogol dan boleh mengemukakan empat saksi lelaki untuk perbuatan itu.

Tambah Ratna lagi, Seksyen 19 (1) ada menyatakan, seorang suami boleh membuat tuduhan zina secara bersumpah terhadap isterinya, tetapi peruntukan sama sudah menjadi sebaliknya.

“Adakah Ahli Parlimen PAS berfikir bahawa, hanya seorang isteri boleh melakukan zina dan tidak bagi seorang suami?

“Hukuman bagi seorang suami yang menuduh isterinya berzina dan enggan mengangkat sumpah boleh dikenakan 80 sebatan, di bawah qazaf, tetapi jika isteri yang disabitkan atas jenayah zina, ia tertakluk pula kepada hukuman rejam sampai mati,” katanya.

Ratna mengulangi, ketegasan SIS dalam menyuarakan perkara tersebut terhadap rang undang-undang yang dipinda itu akan menimbulkan ketidakadilan, apabila ia dikuatkuasakan.

“Sehingga hari ini, kami mencari justifikasi PAS yang menyokong hudud, tetapi ia dilihat tidak meyakinkan, malah membimbangkan.

“Kami memahami bahawa dalam konteks Malaysia, isu hudud sudah menjadi satu bahan politik.

“Bagaimanapun, kami menekankan bahawa, hudud perlu tertakluk kepada penelitian ketat dan undang-undang lain yang dibuat atas nama ‘Islam’, ” ujarnya.
**********************************************************

Nak komen lebih2, saya bukannya lawyer tapi lebih kepada loyar buruk je bak kata my laki. saya lebih suka membaca komen dari ahli2 ilmuan berkenaan dengan isu hudud ni. 

Pada pendapat saya, memang bagus isu persaksian wanita ini diperdebatkan supaya hak wanita ini tidak diabaikan kerana wanita juga mempunyai hak untuk dipertahankan or dibela sekiranya terjadi sebarang kes yang melibatkan wanita sebagai mangsa or tertuduh or benar2 bersalah or tidak bersalah. jangan cepat melenting, cuba berfikir bersama2 mencari jalan penyelesaian bagi isu2 tertentu dalam hudud itu sendiri. memang hukum hudud tidak kena pada non muslim, tapi kita hidup di negara yang berbilang bangsa dan pastinya kesalahan jenayah itu tidak tertakluk pada satu bangsa sahaja. nak kaji pada dasar baik buruknya perangai setiap bangsa tu, ayoyo itu sangat SUBJECTIVE bagi saya.

Komen SIS tersebut hanya berkenaan dengan hak persaksian wanita sekiranya terjadinya kes2 jenayah berlandaskan hukum hudud. mungkin ahli2 ulama dan lawyer2 mahkamah syariah berbincangkan perkara ini dengan lebih teliti lagi supaya tidak timbul percangahan pendapat antara hudud dan sivil dan hak antara lelaki dan wanita itu sendiri. 

Semoga usaha untuk memartabatkan lagi perundangan syariah dapat dijayakan. ini hanya pendapat saya je, saya pun ada hak untuk bersuara dalam entry saya sendiri, saya juga wanita ma tangichi :p 

Today is Friday, waktu lunchbreak panjang makanya langkah kaki jugak sama panjang. sempat bertandang ke Sogo tadi semata nak makan asam laksa dekat foodcourt tu. memang terbaik cukup masam masin manis pedasnya.

Lepas tambah carbo tinggi dekat asam laksa tu, petang ni harus pegi burn balik semuanya. indoor je today, udara dekat luar tak berapa nak bersih sekarang ni. memang bosan giloz lari atas treatmail ni tapi apakan daya je la. redo tu pasrah hiksss.

4 comments:

Khai♥Rin : anies said...

x berani x pertikai sbb cetek ilmu. namun kalau nak pertikai itu ini dan kaitkan dgn kes itu kes ini yg bersabit dgn hudud... takut2 akan terjejas akidah. lg bahaya tu

Nurzakiah Hanum said...

sama la x berani nak pertikaikan

aji nugraha said...

aku baru tau hak hak seorang wanita..

Obat Maag

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam ann,
waaaaaaaaaaa
lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiikkk he3