Monday, March 23, 2015

Mas kahwin juga kena GST?


SHAH ALAM - Lebih kurang dua minggu lagi pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan di negara ini, cakap-cakap mengenainya menjadi bualan kerana ramai yang tidak pasti mengenai pelaksanaannya.

Ada yang kata menguntungkan dan ada yang kata sebaliknya. Kegusaran itu menyebabkan ramai yang tidak ‘duduk diam’, tambah-tambah bila disentuh mengenai pelaksanaan GST dalam bab perkahwinan.

Bagi yang bujang sudah semestinya ‘mulai pening’ kepala kerana mula fikirkan mengenai bajet perkahwinan selepas GST dilaksanakan. Namun ada berita gembira buat  mereka yang hendak berkahwin selepas GST dilaksanakan ini kerana GST tidak dikenakan terhadap bayaran mas kahwin.

Penolong Pengarah Unit Komunikasi Korporat Jabatan Agama Islam Selangor, Nurhamizah Othman berkata, harga Mas Kahwin kekal sepertimana yang termaktub dalam Undang-undang keluarga Islam di bawah kuasa Sultan.

“Di Selangor kita sudah putuskan pada 12 Mei 2009, iaitu sebanyak RM300 kadar mas kahwin bagi anak dara dan janda tanpa had maksimun.

“Ia kekal, GST tidak dikenakan,” katanya. Katanya lagi, anak muda yang hendak berkahwin tidak perlu gusar mengenai perkara tersebut.

"Tiada kenaikan, ia kekal sepertimana yang termaktub," katanya. GST akan dilaksanakan pada 1 April 2015 ini, sebanyak 160 buah negara telah melaksanakannya.


Info dari: http://mforum.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=18280
**********************************************************
Duit mas kawin tu takpe kot, selamat lagi lah kiranya ek tapi kos yang lain mesti naik punya especially kos makan minum untuk kenduri kawin tu nanti. mas kawin tak naik weh tapi hantaran lepas ni dah takdenya 15k ke bawah. 

Lepas tu sekarang ni tempahan pelamin, mak andam semuanya dah kena GST ye, kecuali kalau booking sebelum 1st April, dapat la pengecualiaan. hari tu saya dah pegi survey butik2 perantin ni...anak buah nak kawin hujung tahun nanti tapi dah kena survey dari awal bulan ari tu untuk mengelakkan benda2 GST ni la. alhamdulillah, selesai booking pelamin mak andam photografer tu semua tapi bahan2 makanan tetap kami akan kena GST. takkan nak order makanan dari sekarang kan...ishhh pening2.

Sekarang ni setiap minggu dah menjadi makanan wajib saya, mesti nak kena makan ayam KFC. kadang2 tu kalau tak saya, my laki pulak yang mengajak. ke kami ni tengah kemaruk makan ayam sekarang ni since saya memang kena makan banyak ayam ikan untuk my muscle. nak makan ayam steam selalu pun bosan jugak, sekarang ni saya selang selikan dengan ayam KFC ni. 

Boleh pulak last week Khamis pegi KFC, part dada dah habis. kena tunggu kalau nak tapi ahkak ni dah lapo bebenar, tak dannya nak tunggu. ambik je la peha nan seketul tu. kulit semua reject dalam pinggan my laki, maklum la mamat tu kan mengumpul lemak tegar :p

11 comments:

Nurzakiah Hanum said...

adoi

Rai OurKizuna said...

kesian.. mmg nasib badan la kena GST.. belum GST pun ramai yang bergolok bergadai nak kahwin..

Izni Hafiz Abdul Rashid said...

Hehehe... nasib baik mas kahwin tak dek GST...

mun said...

hmmm pening gak pasal GST ni kan.. ni barang2 utk goodies x beli pape lagi... mmg kena duk kira budget lagi la jawabnya kan..huhu

hainom OKje said...

Haha....melampaulah kalau mas kawen pun nak kena GST....
Tapi KFC ni mmg kekadang ketagihlah Ann...Rumah sini yang hebat ketagihnya anak yg bongsu.
Okje pun udah teringin pulak ni hihi

Sylarius Yusof said...

Mas kahwin tak kena GST, tapi barangan-barangan lain untuk persiapan majlis tu, dah tentu-tentu terpalit dengan kenaikan barangan akibat GST nanti. Hmmm.. Memang banyak duit nak bawak keluar bagi pengantin lepas GST nanti.

nusha fasha said...

Semua naik =)

Kopiolimauice said...

urut dada klu nk kwen pon ada GST
::juz sharing, sy punya sepupu kerap makan kfc bleh di katakan tiap2 minggu n last dia kna kanser stage 4, Dr juz tnya selalu mkn fast food ke, dia kata ye...so klu bleh elakan ye dear ;) sebulan sekali ke..sbb bhn2 utk fast food terlalu tnggi kandungan MSG nye..

tiga lalat said...

Salam. Hee seronoknya kahwin.

LYAfrina said...

ermmm..makin byk beban,,

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam ann,
alaaaaaaahaaaaiii
tingin kepchi
ok bye