Friday, March 6, 2015

Perogol Dalam Bas Salahkan Mangsanya???


NEW DELHI, 3 Mac: Masihkah anda ingat tragedi yang menimpa seorang pelajar fisioterapi berusia 23 tahun yang maut, selepas dua minggu terseksa akibat cedera parah, kerana dirogol secara berkumpulan dan disula dengan batang besi, dalam sebuah bas bergerak di New Delhi, lebih dua tahun lalu.

Seorang daripada empat perogol berkumpulan itu yang sedang menunggu pelaksanaan hukuman mati, bertindak menyalahkan mangsanya, kononnya wanita perlu lebih bertanggungjawab kerana dirogol, berbanding lelaki.

Mukesh Singh, 28, yang ditemubual BBC di penjara mendakwa, dia hanya memandu bas berkenaan dan menafikan dirinya turut merogol Jyoti Singh, 23, ketika serangan itu berlaku pada 16 Disember 2012.

Dia menyifatkan kematian Jyoti sebagai “kemalangan” yang berpunca daripada wanita itu sendiri.

“Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Seorang gadis yang sopan tidak akan keluar pada jam 9 malam.

“Seorang gadis lebih bertanggungjawab kerana dirogol, berbanding lelaki. Lelaki dan perempuan tidak sama.

“Kerja rumah dan mengemas rumah adalah untuk wanita, bukannya pergi ke disko dan bar pada malam dan melakukan perkara tidak sepatutnya serta memakai baju tidak betul (sopan).

“Hanya kira-kira 20 peratus wanita adalah baik,” katanya dalam program dokumentari “Storyville – India’s Daughter” yang bakal disiarkan di BBC Four sempena Hari Wanita Sedunia, pada 8 Mac ini.

Menurut polis, ketika kejadian, Jyoti yang dalam perjalanan pulang bersama seorang kenalan lelakinya, selepas menonton wayang di sebuah pawagam, diperdaya menaiki bas mini yang dipandu Mukesh.

Mangsa kemudiannya dirogol, dibelasah dan disula dengan batang besi, sebelum kedua-duanya ditolak dari bas bergerak itu.

Mereka ditemui di tepi jalan dalam keadaan bogel dan cedera parah.

Jyoti menghembuskan nafas terakhirnya pada 29 Disember 2012, 13 hari selepas dia dirawat di hospital.

Kenalan lelaki Jyoti itu yang terselamat, selepas dibelasah kumpulan penjenayah terbabit, menjadi saksi utama dalam perbicaraan keenam-enam tertuduh itu.

Mahkamah menjatuhkan hukuman mati ke atas lima perogol itu, susulan kematian Jyoti yang mencetuskan kemarahan serta bantahan di seluruh India dan dunia.

Abang Mukesh, Ram Singh bagaimanapun ditemui mati dalam Penjara Tihar, pada Mac 2013, manakala Mukesh bersama tiga yang lain kini dalam proses rayuan.

Seorang lagi rakan sejenayahnya yang berusia 17 tahun ketika kejadian, dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun dalam pusat pemulihan, kerana dia adalah pesalah juvana.

Mukesh berkata, tindakan merogol dan memukul mangsa bertujuan mengajar Jyoti dan rakannya.

“Apabila dirogol, dia tidak sepatutnya melawan. Dia sepatutnya diam dan membiarkan dirinya dirogol.

“Dengan itu, mereka akan menurunkan dia dan rakannya, selepas selesai merogolnya dan hanya memukul lelaki itu,” katanya.

Mukesh mendakwa, hukuman mati yang dijatuhkan ke atas dia dan perogol lain akan membahayakan nyawa mangsa rogol lain.

“Sekarang, selepas mereka rogol, mereka tidak akan biarkan gadis itu hidup seperti yang kami lakukan, sebaliknya mereka akan bunuhnya,” demikian menurut Mukesh.

BBC turut menemubual dua peguam defendan.

AP Singh berkata, jika kakak, adik dan anak perempuannya keluar bersama seorang lelaki, dia akan menyimbah petrol dan membakarnya di hadapan rumah serta semua ahli keluarganya.

ML Sharma pula berkata, masyarakat India tidak membenarkan anak gadis keluar dari rumah, dengan seorang individu tidak dikenali selepas 6.30 petang.

“Anda bercakap mengenai lelaki dan wanita berkawan. Minta maaf, itu tiada tempat dalam masyarakat kami.

“Kami mempunyai budaya terbaik. Dalam budaya kami, tiada tempat untuk seorang wanita,” katanya.

Bapa Jyoti, Bhadri terpaksa menjual tanah pusaka dan bekerja dua syif untuk menghantar Jyoti ke sekolah dan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Ibu Jyoti, Asha Singh berkata: “Apabila berlaku jenayah, golongan wanita yang dipersalahkan.

“Dia tidak sepatutnya keluar. Dia tidak sepatutnya keluar malam atau pakai baju seperti itu.

“Lelaki yang patut disalahkan dan disoal kenapa mereka merogolnya,” tegasnya.


info from: http://mforum.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=17969
*********************************************************************

Kenapa wanita sering disalahkan setiap kali ada masalah berkenaan dengan rogol ni. adakah wanita ni mudah sangat untuk dirogol or kedudukan wanita ni rendah sangat kah sampai boleh diperlakukan sesuka hati macam tu. kenapalah mantaliti negara India ni teruk sangat sampai wanitu tu diletakkan tarafnya rendah sampai ke hujung kaki. agaknya perogol tu tengah mabuk2 kot masa jawab soalan, tu yang merapu je jawapannya. tapi pada saya, memang sangat kasihan nasib wanita2 di India sekiranya memang inilah budaya yang mereka amalkan. kalau dah luar rumah tak selamat, jangan katalah dalam rumah pun boleh selamat jugak. 

Sangat bagus la mamat keling ni dijatuhkan hukuman mati, kalau hidup pun tak guna...geram je tengok muka dia. tahap IQ mesti takat lutut je ni, nampak sangat bangangnya di situ. lepas ni boleh la dilahirkan semula sebagai wanita pulak, baru dia tau hukum karma tu macam mana...mereka kan percaya dengan kelahiran semula. 

Wanita ni tinggi kedudukannya sama jugak dengan lelaki di sisi Allah. cuma tanggungjawab kita yang membataskan wanita dengan lelaki. maka haruslah hormati sesama kita tak kira wanita ataupun lelaki. kan bagus kalau mereka juga mengamalkan sifat hormat menghormati ni.

Hukuman dunia dia dah nampak, harap nasib kita lebih baik lagi.  

Suatu pagi which is saya pun dah lupa bila, keluar jogging with my laki. bukan senang nak heret mamat ni tau, buat la drama apa pun takkan dilayannya kalau saya ajak morning walk. ini cuma hari2 yang saya agak bertuah, dia mau ikut. 

Hanya dia saja yang walking tapi saya tetap berlari dan terus berlari...<3 font="">

5 comments:

nusha fasha said...

Aik pom lak disalahkan.

anis abdullah said...

Angkat tangan letak atas bahu. Kepala geleng2

NzA said...

biasalah kan..org yang buat salah xakn mengakui kesilapan sendiri....org lain yg dipersalahkan.

Khai♥Rin : anies said...

"tindakan merogol dan memukul mangsa bertujuan mengajar jyoti dan rakannya"

apakah???????

Cho Zila said...

isyh geram pulok membacanyer yerk... senang2jerkan.. terbaikler sangat budayanyer...