Monday, April 6, 2015

JJCM - Restoran Ikan Bakar Persatuan Nelayan Kawasan Melaka Barat

Dah lama plan untuk mencuba makan ikan bakar dekat Kuala Sungai Baru ni tapi tak pernahnya menjadi. setiap kali nak cuba mesti ada halangan or plan bertukar ke tempat lain dan sebagainya. tapi kali ini plan menjadi dan kebetulan my bro family ada dekat kampung wifey dia. my SIL orang Melaka, Kuala Sg Baru dan tempat ikan bakar yang femes emes tu dekat je dengan rumahnya. untuk saya yang tak pernah datang ke restoran tu, menjadi senang je ketemu kerana ada tour guard kawasan :p tapi kalau pakai waze, inshaAllah ketemu punya.

Tiada alasan untuk datang makan ikan bakar dekat sini, selalunya kami akan datang je bila teringin even weekdays...sometimes. sayang pulak, baru saya perasan tiada satu gambar makanan pun saya ambik kali ni. nampak sangat lapar sangat waktu ni, letak je makanan terus ngap. ok, harga binatang2 laut dekat sini adalah mengikut harga pasaran ye...ada yang mahal dan tentulah ada yang murah. 

Kami sekeluarga dari Seremban bertolak ke Melaka lebih kurang 6pm Sabtu lepas. ikut highway pedas linggi memang tak jauh dah. laluan tu memang saya biasa coz our family maid duduk situ dulu. rupanya kawasan sekitar ikan bakar ini jugak cantik, alhamdulillah kami sampai sebelum magrib dan sempat menikmati keindahan sunset...subhanallah cantiknya. kawasan berdekatan dengan tempat ikan bakar ini juga ada terdapat chalet2 untuk pengunjung yang jauh dari Melaka. senang kan, dekat je dengan tempat makan kalau datang menginap di kawasan ini. dah ada plan untuk saya and my laki stay dekat sini nanti, inshaAllah. so far saya tengok air laut di sini adalah bersih, ada jugak yang bermandi manda di sini. 

Ini adalah antara chalet yang terdapat di sini, selalu penuh dengan pengunjung katanya. kadang2 tu yang bertandang jugak ada especially keluarga2 perantin yang bermenantukan orang2 dekat sini. tu nampak dekat tepi rumah tu, ada kumpulan budak2 yang tengah bersedia sedia nak buat lompatan tiruk di situ. anak2 kampung memang berani kan, saya dulu masa kecik2 pun macam tu jugak :p

Dekat tempat ikan bakar ni jugak turut disediakan tempat permainan untuk kanak2, apa lagi anak2 buah daku kemahen suka la depa. bila time nak makan je baru berhenti bermain mereka2 ni. 

Janggal pulak bila review tempat makan tapi takde gambo makanan...ishhh

5 comments:

Nurzakiah Hanum said...

bestnya

Izni Hafiz Abdul Rashid said...

Macam menarik je... Boleh try test tengok...

Khai♥Rin : anies said...

sbb tu slalu jd tempat shooting drama2 tempatan

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam ann,
he3
nak gambor makanan sob3

aji nugraha said...

Sangat Jogja bermanfaat Untuk Jogja terimakash Kami tunggu Lawatan baliknya di maklumat kesihatan Khasiat Jelly Gamat Gold G untuk Obat Rematik dan Obat Asam Urat info -> Cara Pemesanan Jelly Gamat Gold G