Wednesday, April 15, 2015

Kalau Memang Harus Begitu by Acik Lana

"Tak mungkin musim cinta ini berlalu,
seandainya hatimu seperti hatiku..."

Saya sangat suka hasil penulisan penulis ni dan ini antara buku tulisannya yang saya miliki sendiri. saya bukan seorang yang suka membaca online novel, saya lebih suka membeli or pinjam novel...baru terasa kepuasannya. 

Review dari cerita ni, sangat fairy-tales sangat. yelah kan, dari tealady je menjadi seorang secretary dan kemudianya menjadi bini boss dia sendiri...tak ke fairy-tales tu :p. masih ada plot yang slow tapi tidak membuatkan pembaca berhenti membaca. pengolahan watak Adara, saya rasa sangat keperempunan di situ dengan ciri2 dan tindakan yang penuh sopan santun. 

Novel setebal 1031 muka surat ini mampu saya habiskan dalam masa sebulan saja. impressed untuk diri sendiri kerana kebiasaanya mau makan masa setengah tahun untuk habiskan novel setebal tu. ini menunjukkan novel ini sangat menarik dan harus dimiliki oleh kaki2 novel yang lain. Okay, meh terus ke sinopsis...

Penulis : Acik Lana
Title : Kalau Memang Harus Begitu
Penerbit : Kaki Novel
Harga : RM36.00 

Zidan Adiputra...seorang lelaki yang berkedudukan tinggi, tampan, bergaya dan menjadi buruan gadis-gadis yang menggilainya. Kerana itu, dia merasakan dirinya layak dilayan seumpama seorang 'Tuan Putera'. Justeru semua orang harus memanggilnya dengan gelaran Tuan Putra. Tetapi dia bencikan perempuan selekeh. Allergic!

Adara pula datang dari dunia yang berbeza. Tekad mahu mengubah nasib keluarga dan adik-adiknya yang ramai, kakinya melangkah keluar dari kawasan felda ke kota besar. Namun, hidupnya kian getir apabila bekerja dengan majikan kuku besi seperti Tuan Putra.

Umpama air dan minyak, mana mungkin dua hati yang saling membenci bisa bersatu. Namun, kemunculan Riyad yang berjaya melakukan make over kepada Adara membuatkan hati Putra terpesong cita rasa. Pelbagai cara dilakukan untuk memenangi hati Adara sehingga dia sanggup berebut menghantar pinangan ke rumah Adara demi mengikat hati gadis itu.

Cinta yang dihulur bersambut dan disimpul erat dengan ikatan perkahwinan. Dalam meniti kebahagiaan berumah tangga, ada dugaan datang mengetuk pintu istana cinta mereka. Antara cinta dan keluarga, yang mana lebih utama? Dan jika perlu memilih satu di antara dua, siapa yang perlu menyerah dan mengalah? Dan apa ertinya pengorbanan jika hati kian retak, kasih kian rapuh?

Putra : Memang pelik, tapi hati aku memang tergila-gilakan perempuan kampung tu!

Adara : Dulu benci bagai nak gila, tapi sekarang cuma dia paling aku cinta. 

6 comments:

NzA said...

akak ni nama je guru PSS tapi mmg xminat baca novel...padahal kt pss ni menimbun novel2 terkini...huhuhu....

Unknown said...

aduhai kak.. menarik je.. sesekali melayan cerita fairy tales melayu mcm ni best jugak kan.. saya mmg hantu novel dulu.. kalau 1000muka mcm ni.. silap2 tak sampai seminggu habis baca.. sanggup stay up malam membaca.. tapi dah ada anak ni, mmg takde kesempatan..

Kakzakie Purvit said...

Novel bolehlah macam tu Ann. Dari tealady terus jadi secretary. Kita ni bagai nak rak belajar baru dapat..

Unknown said...

kalau memang harus begitu mau di gimanain lagi,,,
Obat Kanker Payudara

nur anis said...

lama sangat saya tak membaca novel.. 3 tahun ada rasanya..

arysha_fayyadh said...

Assalam ann,
ghajin membaca uols :)