Tuesday, April 7, 2015

Nenek Dan Cucu Maut Disyaki Terkena Renjatan Elektrik

 
KOTA KINABALU – Seorang wanita warga emas dan cucunya maut dipercayai terkena renjatan elektrik semasa berada di kawasan sawah padi di Kampung Kota Bungan, Kota Belud, hari ini. Ketua Polis Daerah Kota Belud Supt Mohd Zaidi Abdullah berkata pada mulanya mangsa Sundang Alip, 70, tergelincir dan jatuh ke dalam parit kira-kira jam 10.30 pagi tadi. 

Beliau berkata cucu mangsa, Awang Mohd Rajip Abd Nazim, 25, yang cuba menyelamatkan mangsa gagal apabila dia turut terkena renjatan elektrik berkenaan. “Siasatan awal di tempat kejadian mendapati terdapat wayar elektrik yang telah putus dan jatuh mengenai pagar kawad duri yang memagari kawasan sawah padi di kawasan kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Beliau berkata jarak mangsa terkena renjatan elektrik dengan tempat wayar putus itu kira-kira 20 meter. Difahamkan arus elektrik yang mengalir dari dawai elektrik yang terputus itu mengalir ke pagar kawad duri dan juga air parit yang mana Sundang terjatuh. Katanya, mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Kota Belud untuk bedah siasat. 

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Affendy K Ramin berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 10.48 pagi dan tiba 15 minit kemudian. Katanya, pihak Sabah Electricity Sdn Bhd(SESB) turut berada di tempat kejadian dan operasi tamat pada pukul 11.27 pagi. – BERNAMA

info dari: http://mforum.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=18632
*********************************************************************

Takziah untuk keluarga mangsa, kalau dah ajal tak kira di mana2 kan. semoga mereka tenang di sana. perkara macam ni agak jarang berlaku di bandar2 besar tak tidak mustahil pula di kawasan kampung. seperti kampung saya juga dulu selalu ada wayar2 putus ni sebab kena timpa dahan pokok yang patah. kampung kan banyak pokok besar2, kadang2 tu pokok kelapa lagi tinggi dari tiang elektrik. 

Semoga dengan kejadian ini membuatkan penduduk yang lain lebih berhati2 lagi selepas ini.

Semalam asyik minum minuman manis je. pagi tadi pegi San Francisco, hahahah ko mampu...demi secawan kopi latte yang sedap tu. lepas tu bilas balik dengan air kosing sampai waktu lunch. ketemu pulak blog ni, panas2 kan best bila bagi sejuk2 sikit tekak...jadilah air coolblog pulak. lepas tu bilas lagi tekak ni.

Petangnya pulak, hambik ko air manis lagi. mak aiiii mau mendadak paras gula dalam darah today. tak boleh jadi ni, lepas ni memang bulan depan je la ketemu dengan air gula semula ye...itu pun kalau mampu la tekak ni nak menahan :p

7 comments:

LYAfrina said...

huhu..mmg bhaya mcm ni.. kbykan mmg x sedar kalo ada wayar terputus msuk dlm air,...

kena minum byk air kosong la..cover balik...

Kakzakie said...

Sedihnya Ann. Kakak tak dapat bayangkan apa keluarga dia rasakan. Mana tak sedih..

Air dgn kehidupan kita mana boleh pisah Ann. Tak kisahlah yg manis ke masam ke tawar semua kita nak rasa:)

Montana said...

errr cool blog tu nak sikittt hehehe

Khai♥Rin : anies said...

salam takziah utk keluarga mangsa...

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam ann,
AlFatihah

Nurzakiah Hanum said...

bahayanya

aji nugraha said...


I really liked this story interesting website and increase knowledge for me . is there Obat Stroke The world 's most powerful