Wednesday, April 8, 2015

Sambal Goreng

Saya sangat jarang memasak di rumah pada weekdays kecuali hujung minggu sahaja. itu pun ikut mood jugak, ada masanya memang tak masak berminggu2. kali ni terasa nak masak pulak, masakan apa tu kena tanya my laki. kadang2 mamat ni mampu membantu memberi idea masakan apa yang bakal kami makan nanti. saya ni petang2 memang buntu sikit, takut nanti bila sampai dekat rumah...ikan goreng je yang saya masak pulak. mujur lagi my laki tidak ada banyak kerenah dalam bab2 masakan ni, dia makan apa saja yang saya masak, sedap tak sedap belakang kira katanya janji air tangan bininya itu dah cukup sedap bagi dia. mulalah ahkak ni berhati sayu sayang cinta bagai, mesti nak masak sedap2 jugak untuk dia. kali ni saya sediakan sambal goreng untuk juadah dinner kami malam tadi.

Bahan2:
Santan kelapa
Air asam jawa
Garam dan gula

Bahan2 goreng:
Daging - direbus sehingga lembut
Udang
Tauhu
Tempe
2 biji bawang besar - dihiris
Cili hijau dan merah - dihiris

Bahan2 kisar:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Halia
2 batang serai 
Cili kering
Belacan

Cara2nya:
Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar sehingga naik minyak. kemudian masukkan semua bahan2 yang telah digoreng dan kacau sehingga sebati. masukkan santan dan air asam jawa, kacau dan biarkan masak sehingga santan menjadi pekat. perasakan dan bolehlah tutup api, hidangkan bersama nasi panas...ketupat pun boleh jugak.

Hidangan kami malam tadi, telur asin, ulam2 dan juga budu tak pernah tinggal :p

8 comments:

dear anies said...

nak jugaaaakkkkkk

Cik Nor said...

sdapnya..:)

LYAfrina said...

menarik n myelerakan..

amsran said...

simpel... namun napak sedap... followww blog ini.

Wa said...

Sedapnya ..budu tu...memang sedap makan simple2 macam ni...

mama eija said...

salam perkenalan sis ann... salam blgwalk :)...sedapnya... eija pun kalu nak msk mst tnya hubby nak msk menu apa... hihi kdg2 lauk simple pun buat kita selera mkn di rumah :)..jemput singgah blog eija yer

#follower 703 ^_^

Unknown said...

lezat nya,,,,Obat Asam Urat

arysha_fayyadh said...

Assalam ann,
waaaaaaaa
sedapnya sambal goreng tu
semua ada dalam tu best3