Friday, April 24, 2015

Tun M Juga Tidak Keseorangan Lagi

Dr Mahathir ketika berucap pada Minggu Media Sosial di Berjaya Times Square Hotel, di Kuala Lumpur, hari  ni. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN.                                                                     

KUALA LUMPUR - "Saya doakan dia (Datuk Seri Najib Tun Razak) dalam keadaan baik," demikian kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau juga tidak memaksa Najib untuk menerima segala teguran dan kritikannya termasuk menggesa perdana menteri itu bersara kerana itu adalah hak Najib.

"Saya komen perkiraan (risiko politik BN), itu dia punya hal lah, dia nak dengar atau tak," katanya kepada pemberita selepas berucap pada Minggu Media Sosial di Berjaya Times Square Hotel, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian terhadap reaksi balas Najib hari ini bahawa presiden Umno itu tidak keseorangan ketika berdepan dengan kritikan hebat daripada Dr Mahathir.

Najib juga berkata beliau tidak pernah berasa keseorangan, sebaliknya beliau sentiasa ditemani dengan begitu baik.

Ketika ditanya perkara sama ke atas Dr Mahahir, beliau bagaimanapun berkata beliau kini tidak bersendirian kerana sentiasa mendapat sokongan daripada banyak pihak termasuk media.

"Kalau awak semua di sekeliling saya, bagaimana saya keseorangan?" soalnya dengan sinis.

Sementara itu, Dr Mahathir turut mengulangi tuntutannya supaya kerajaan perlu menjelaskan kedudukan sebenar wang negara oleh 1Malaysia Development (1MDB) yang disimpan di sebuah bank, di Singapura.

"Kerajaan kena jelaskan apa yang sepatutnya berlaku (duit) yang sepatutnya berada di bank Singapura tapi tiada di bank Singapura.

"Itu antara persoalan yang kerajaan masih belum menjawab, bahkan duit itu juga tiada di Malaysia, di mana duit itu?" soalnya lagi.

Dr Mahathir juga mengakui kegagalan pelaburan 1MDB juga didakwa menjadi punca kepada kejatuhan mata wang Ringgit Malaysia (RM) pada masa ini.

"Ia akan menjejaskan nilai RM, apabila ekonomi negara tidak dalam keadaan baik, ia boleh sebabkan kejatuhan nilai RM," katanya lagi.

info dari: http://mforum.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=19112
********************************************************************

YES!!!!

Saya sentiasa menyokong Tun M dalam setiap pandangan beliau mengenai dunia politik masa kini. walaupun respon dari pak menteri kita tak seperti yang diharapkan tapi takpe, tak mendatangkan kudis. kalau takde apa, takkan la ada teguran kan...:p 

Apa2 saja je la labu...

Lunch tadi dekat Central Market je, malas nak ke Nu Sentral ke KLCC ke...pegi yang dekat2 sudah coz plan nak balik awal today so waktu rehat kita cut short jadi 1/2 jam je. 

Tekak terasa nak makan pai tee...so pegi Ginger Restaurant for pai tee yang sedap ni :p

6 comments:

fadh leyanie said...

saya juga mnyokong Tun M, sedap nampak pie tu, berapa RM?

nur anis said...

Yeayhh..memang ramai bersama Tun M..

aKSARAfENDI said...

nampak makanan tu sedap...

aji nugraha said...

lezatnya...........










Jelly Gamat Gold G|Obat Asam Lambung Tinggi|

simistik said...

makanan tu yang sedap tuh..salam singgah.tapi tang duit malaysia jatuh dan ekonomi merosot tu sy setuju la...kena siasat dr hujung pangkal.tapi korupsi di mana-mana.susah...

salam singgah

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam ann,
seketoi ja pie te uols he3