Tuesday, May 19, 2015

Ahad pagi yang damai

Ahad lepas, rutin driver kepada my laki sado tak pernah dilupakan. dia masuk pagi, so 7am dah keluar rumah hantar ke office. ahad jugak my off day for exercise, no traning, no running. mesti ada off day jugak ma...machine pun perlu rehat jugak. bila dah takde exercise, saya gantikan dengan mengemas pulak.

Sampai je parking, kemas isi dalam kereta. ya hampun, segala sampah sarap tahun 2009 2010 pun ada lagi bersarang dalam kereta tu rupanya. dari dashboard sampai ke dalam bonet dikumbah, hasilnya dua plastik besar sampah keluar...berat pulak tu. patutlah selama ni drive sorang pun terasa kereta ni berat semacam je, rupanya drive bersama sampah. itu pun ada lagi yang tak habis buang, segala harta benda my laki sado. biar dia sendiri yang kemas, kalau saya nanti memang kasi buang je. nanti bising pulak mamat tu kalau terbuang barang yang masih dia guna. 

Naik ke rumah, mula2 mendobi. ermmm kerja yang memang hari2 kena buat sedangkan yang duduk dalam rumah ni 2 orang je. ade je kain baju yang kotor, tah datang dari mana agaknya hiksss. sambil2 tu jugak kemas cage kucing, cuci najis tukar air tambah makanan...rutin setiap hari pagi dan petang/malam. 

Selesai bahagian belakang rumah, terus ke dapur pulak. cuci pinggan mangkuk, lap2 dan simpan terus. kemas kitchen cabinet, yang ni saya dah start dari awal bulan. buat sikit2, buang benda2 yang tak digunakan lagi macam botol2 plastik or bekas makanan plastik. saya hanya tinggalkan botol2 kaca sahaja untuk jadikan bekas penyimpan. itu pun 2 plastik hitam yang besar, penuh. saya ni ada perangai penyayang sikit dengan benda2 macam tu, mesti nak simpan kalau masih elok lagi walaupun kadang2 tak berpakai pun. ini pun 2 plastik tu berat hati je nak buang tapi kena tekat jugak...if not rumah ni nanti jadi tempat sampah jugak fuhhhh. 
   
Alhamdulillah pagi tu sampai la ke tengaharinya cuaca tak panas langsung, tak jugak mendung...rasa damai je. dah penat berkemas setengah rumah, roti telur je yang mampu saya masak. senang cepat dan yang nak makan pun saya sorang je. jadi la untuk alas perut sementara nak tunggu dinner malamnya nanti.

4 comments:

Normi Nieza said...

rajin kemas rumah..:)

saly said...

As'salam.. rutin harian mmg padat.
Hii walau sekadar roti bakar dah cukup buat sy terliur.sedap nmpak

Mimy Hamid said...

haiyoo kak hahah sampah sarap kete...kelakar la

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam ann,
he3
pack sunggu uols nyer jadual yer he3