Monday, May 25, 2015

Berbekal kita hari ini...

Makan apa uolsss tengah hari ni, mesti sedap2 kan. yang duduk di rumah mesti lebih seronok, boleh masak sendiri. kalau yang bekerja ni, tapau or makan dekat kedai la jawabnya.

Saya walaupun menjaga makan, dalam erti kata lain...menjaga quantiti dan jenis makanan tapi saya tak pernah skip even satu meal pun setiap hari. maksudnya meal harian saya tetap lengkap 3 kali setiap hari. jangan skip makan hanya semata nak diet ye dek non...tak membantu kuruskan badan pun, percaya la cakap ahkak ko ni.

Saya sangat kagum dengan kawan2 yang mampu membawa bekal setiap hari ke tempat kerja...seyes sangat kagum. saya ni takde sapa yang nak disiapkan setiap pagi selain clearkan dulu hal kucing2 di rumah pun susah nak sediakan bekalan sendiri. niat tu selalu je pasang tapi nak mula tang mana tu yang tak reti lagi. 

Ada jugak kawan2 ajar sediakan frozen food on weekend and panaskan aje masa hari2 kerja untuk dijadikan bekal tapi saya tak prefer that way pulak. ice gobok rumah tu kecik je cik yah oiiii baru letak 2 bekas dah penuh sendat, inikan pulak nak letak seminggu punya lauk pulak...oh tidak.  

Lagi satu cara pulak, sediakan semua ingredient sebelum tido. kiranya kerja meracik2 menyiang2 tu semua buat dulu sebelum tido dan bangun besoknya boleh terus memasak je. at least jimat masa dan kerja jadi cepat. ok yang ni sound reasonable for me cuma bila malam tu asyiknya malas je nak buat kerja tu...ok tau2 ini salah diri sendiri. bukan tak boleh kan cuma MALAS je yang lebih. 

Dengan niat yang paling tulus dan suci, makanya malam tadi saya tengah memecahkan benteng keMALASan yang sekian lama bersarang dalam otak ni. saya tekad untuk mulakan jugak misi membawa bekal. semalam kan Ahad, pagi pegi pasar beli sikit sayur ikan ayam untuk stock seminggu ni. simpan semuanya dalam ice gobok dan malam tadi sebelum tido saya racik2 sayur dan siang ikan untuk bekalan hari ni. setiakan untuk 2 set, saya dan my laki jugak. dia memang setuju sangat kalau saya start bawak bekal untuk dia sekali coz officenya lagi susuh nak dapatkan makanan yang murah...tempat2 high end ni paham2 je la, nasi pun 1.50 sepinggan.

Bangun tido pagi tadi, basuh muka berus gigi...terus je le masuk dapur memasak. bukan susah sangat pun sebenarnya dan tak perlu masa yang panjang. masak ikan, tinggalkan dengan api yang sederhana kecik. nasi pulak masuk dalam rice cooker dah boleh tinggalkan aje lepas tekan butang ON tu. sementara nak masak tu, boleh lagi pegi mandi dan solat. tapi sebelum tu pesan dengan my laki sekian2 waktu tutup api dapur. 

Akhirnya saya berjaya pecahkan tembok keMALASan tu dan berharap akan berkekalan la hendaknya niat berbekal ke tempat kerja ni. sangat senang sebenarnya sekiranya kita betul2 nak buat. 

Jimat sebenarnya kalau nak compare harga makanan sekarang ni semakin mahal. kalau harga tak berubah pun tapi quantiti tu makin kecik pulak nampaknya. nak salahkan peniaga pun susah, mereka pun berdepan dengan harga barang yang mahal jugak. makanya kita aje yang mengambil langkah penjimatan sendiri. my laki suka sangat, dia memang tak segan silu bawak bekal makanan dari rumah malah dia berbangga lagi.

Akhirnya menu pertama bekanan kita hari ni, steam fish dengan lobak + kentang + brown rice. look simple buat yang penting, still maintain healthy. alhamdulillah...semoga berkekalan niatnya nanti...inshaAllah.  

10 comments:

Ena's Stories said...

tahniah ann akhirnya berjaya melawan kuasa "M" tu...nak seribu daya ye dak?

Nurzakiah Hanum said...

sedapnya

Kakzakie said...

Kalau nak lagi mudah Ann ikut cara kakak. Nasi masak di office. Kakak hari-hari masak nasi di office. Bawa lauk, sayur dan buah aje dari rumah..

Bila nasi nak nak kering letak bhgn atas rice cooker sayur tu. Semua jadi panas. Tak payah microwave lagi.

Kakak dah berbelas tahun bawa bekal. Sesekali aje skip.

Mrs Little Voice said...

nampak sedap sangt...selalu gak bawak bekal demi nak jimat dan puaskan tekak sendiri seb kekadang kalau beli tu tak sedap

Normi Nieza said...

sdapnya..:)

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Semoga berkekalan hendaknya... Ann.
Tirulah mcm saya!!. Hahaha..

Khai♥Rin : anies said...

x nk jemput kami mkn sekali ke? ;-)

eMMe said...

Ann, steam ikan tu... nasi perang, wowww... bebetul menu tanpa kolestrol... cayok Ann... smoga berjaya n focus ye Ann...

Nour Adieb said...

bawa bekal bnyk kebaikan tersendiri. kebersihan terjamin, lagipun jimat. dah lah harga brg bnyk naik

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam ann,
he3
kes iols ni pelik
tetiap hari masak bekai bekpes & kadang2 luncheon sekali untuk hubby
tapiii diri sediri tak bawak pun he3