Tuesday, May 12, 2015

Love You Mr. Arrogant by Aliesha Kirana

"Aku memang gila sebab cintakan kau yang berlagak gila!
Tapi apa lagi nak dikata, kalau hati dah cinta..."

Penulis : Aliesha Kirana
Title : Love You Mr. Arrogant
Penerbit : Karya Seni
Harga : RM18.00

"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik."

Zafriel Irham
Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya.

Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan. 

Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.

"Aduh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh...tapi..."

Zaara Amirah
Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...

Apa yang boleh saya review selepas baca novel ni...jalan cerita yang biasa bagi semua kisah2 cinta. penggunaan ayat yang sangat bersahaja, takde ayat2 yang pelik dan jalan cerita yang senang difahami. penulis membawa kita menyelami setiap watak dalam novel ni, ada bab yang menyedihkan dan boleh membuatkan kita senyum sengih sengsorang bila membaca...berdekah2 tu tak lagi la. "kesan" itu ada dalam jiwa bila membaca novel ni.

Seperti yang saya katakan tadi, jalan cerita yang biasa. boleh mengandaikan kesudahannya macam mana kan tapi saya tetap terus membaca sehingga habis jugak. cara mengolahan cerita yang teratur dan mampu membuat pembaca tidak berhenti membaca sehingga habis. 

2 comments:

Nurzakiah Hanum said...

singgah pg

Kakzakie said...

Sekejap hari itu masa jadi siri drama tv buku ini laku betul Ann..