Tuesday, May 5, 2015

Paru Goreng Halia

Menu paling simple di hari cuti panjang, Labour Day. mesti ramai yang tau nak sediakan menu ni, senang ya amat. dulu saya tak berapa suka makan paru yang digoreng macam ni, rasanya agak pelik dan sometimes baunya pun ermmm... tapi lama2, agaknya bila umur makin meningkat ni tahap sensitive rasa tu dah kurang kot...suka pulak jadinya. takde masalah kiranya kalau nak masak gaya mana pun, mesti laju je makannya.

Inilah dia paru goreng halia...bahan2 pun senang je.

Bahan yang diperlukan:
Paru
Hirisan halia
Kentang di potong kecil
Bawang besar potong 8
Sedikit serbuk kunyit
Cili padi
Garamrat

Cara2:
Rebus paru dengan hirisan halia dan air sehingga empuk dan kemudian toskan. bila dah agak sejuk, hiris paru tadi nipis. kemudian panaskan minyak, goreng kentang sehingga garing. lepas garing masukkan hirisan halia yang direbus tadi dan juga paru. gaul rata dan perasakan dengan garam. masukkan sedikit serbuk kunyit dan cili padi. bila dah agak garing paru tadi, masukkan pula bawang besar dan biarkan sedikit layu. dah siap, boleh dihidangkan dengan nasi putih panas2.

Seperti biasa, tentu ada hidangan sampingan yang lain seperti sayur goreng, ulam rebus bendi, ikan goreng dengan budu tapi takde pulak dalam gambo ni :p

8 comments:

Nurzakiah Hanum said...

sedapnya

Azura Aziz said...

sedapnya.. pepagi dah lapar camne ;)

aji nugraha said...

lezat,,,,,,,,,,\












Obat Gagal Ginjal Tradisional

Khai♥Rin : anies said...

sy nakkkkkk

Azian Elias said...

Halia bagus tu.. buang angin dlm badan..

Kakzakie said...

Sedap itu yg kakak boleh kata. Kena pada tekak kakak semuanya tu Ann.

NzA said...

sedapnya....nyum..nyum...nyum....

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam ann,
semalam baru makan jantung
eh3
ni dah teringin paru pulop he3