Thursday, May 14, 2015

Pelajar 16 tahun Maut Diterajang Senior Sebab Tidak Senyum

Hanya kerana tidak memberi senyuman dan tidak menghormati pelajar senior, seorang pelajar berusia 16 tahun maut selepas disepak oleh seorang pelajar senior berusia 17 tahun di bahagian leher kanan di sebuah kolej dekat Bachok, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, mangsa Mohamad Nor Akram Zime yang menyambut hari jadi ke-16 semalam disahkan meninggal dunia di klinik berhampiran.

Laporan bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat saluran darah ke bahagian otaknya putus.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, ketika kejadian mangsa sedang tidur di dalam bilik asrama bersama empat rakan lain sebelum suspek seorang diri masuk mencari mangsa.

Katanya, suspek pelajar tahun dua jurusan Diploma Kejuruteraan Elektrik mengejutkan mangsa iaitu pelajar tahun satu jurusan sama sebelum menyepak dua kali di bahagian leher kanan menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri. - CARI INFONET

Sumber : www.kosmo.com.my
****************************

Ish apa ke halnya rope tu merangai senior ni, takkan tak senyum pun nak sentap kot. agaknya hati tu berkobar2 nak tunjuk kekuasaan diri kot, nak menunjukkan yang diri tu berpengaruh ke hapa dekat kolej tu. saya ni nak je tau macam mana makpak budak ni terima berita yang anaknya ni telah melakukan kesalahan jenayah macam ni. tak kesian ke lah dekat mereka tu, penat2 bagi belajar pandai2 tapi lain jadinya. 

Remaja ni memang ada barannya, tapi kenalah kawal. semua orang akan melalui masa muda dan pernah melalui masa muda...tentu tau masa tu jiwa agak bergelora kan. semoga pesalah ni dijatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang telah dilakukannya. ingat la dek, title jenayah tu tetap lekat dekat diri mu sampai bila2. 

Makin menakutkan dunia serba moden ni, semoga kita dan keluarga serta anak2 generasi kita nanti dilindungi selalu dari sebarang kejahatan.

Hahhh apa menu lunch uolsss tadi. 

Ahkak makan ruti je dek...tapi ruti hat mahai la, Subway punya.

Ape!!!....tak mahai. ish bagi ahkak ni ni kira ruti mahai dek non oiii. ahkak selalu beli ruti murah je yang ada inti tengah2 tu...baru 3 rial, tu pun kita mahai jugak :(

6 comments:

Nurzakiah Hanum said...

ya allah :)

Normi Nieza said...

dunia oh dunia...huhu

Irfa said...

umur 16 dan 17 blajar diploma? bkn tu baru tgkatan 4 dan 5 ke?
sedihnya jadi mak bapak kedua2nya itu

nuyui a.k.a miss YUI said...

kesian keluarga arwah..al_Fatihah..

lama yui xmkn subway..huhu

ujie othman said...

apalah bengis sgt..sampai mati org dikerjakan. Semoga Allah beri hidayah kpd pelaku tu.

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam ann,
dah hero sangat gamaknya
geram dengor berita2 lagu ni tau3