Tuesday, July 21, 2015

2nd Day Penang Trip - Nasi Kandar Pokok Ketapang

Kali ini kami nak menjelajah nasi kandar di tempat lain pulak, asyik Line Clear je bosan jugak kan. pastinya ada banyak lagi tempat nasi kandar yang menarik di Penang ni. macam biasa, saya kan peminat tegar nasi kandar...mai Penang tak makan nasi kandar, rugi weh. 

Kali ini kami ingin cuba nasi kandar pokok ketapang pulak yang dikatakan sedap jugak oleh beberapa orang kawan yang biasa datang ke sini. pilihan lauk biasanya saya akan ambik ayam goreng dan sayur sahaja tapi kuah mesti campur coz memang sangat suka kombinasi rasa kuah yang dicampur tu mampu menjadikannya sedap. cuma kali ini saya nak cuba briani pulak instead of nasi kandar.

Kuah kari bendi ni baguih na...sedap sangat. siap mintak tambah sepiring lagi, ceq hingup macam minum air. 

papadom jangan lupa

Saya tak pandai nak bagi direction untuk ke restoran ni, kalau ada yang berhajat nak makan dekat sini....google je la direction, mesti jumpa kot.

2 comments:

NzA said...

lapar la pulok.....adeh......feveret akak tu

Tie HT said...

Alhamdulillah sedap plok tengok nasi kandar ni :)