Monday, July 27, 2015

Lemang...

Boleh la ek kita mulakan kisah menjelang hari raya tempoh hari. seperti yang saya informed before, tahun ini saya tidak dapat balik beraya di side saya. saya tak ikut giliran pun tapi memandangkan tahun ni my laki terpaksa on duty masa raya, makanya kita raya dekat KeeL aje la.

Pertama kali beraya di perantauan ni, rasa memang janggal tapi kena get use to it jugak. tak selamanya kita akan bersama keluarga sendiri kan. segala persiapan untuk menjelang hari raya tu pun terpaksa buat sendiri. penat...memang sangat penat.  

Petang hari akhir Ramadhan tu selepas selesai memasak rendang untuk hari raya, saya keluar mencari lemang. ada 2 tempat yang saya suka, satu dekat Ampang dan satu lagi dekat AU2. petang tu saya pergi dekat Ampang dulu. dalam 5pm dah beratur dekat depan Tiara Apartment tu untuk beli lemang. itu pun dapat dalam 6++pm jugak. kalau yang 6pm baru nak beratur tu, siap2 la bawak apa2 yang patut untuk berbuka dekat tepi jalan hiksss. 

Malam tu waktu berbuka kami dah makan lemang dengan rendang ayam yang saya bawak siap2 ke rumah mertua di Kampung Baru. ada kejadian tidak dirancang terjadi lepas tu tapi kita sambung entry lain hari je la ek.

2 comments:

anis abdullah said...

Makan durian ke..hehe

Sue Bee said...

Apakah kejadian tu?