Thursday, July 9, 2015

Lite Dinner @ Astaka Medan Selera Renong

Destinasi dinner kami di Astaka Medan Selera Renong, Padang Kota Lama. ada yang mengidam nak makan pasembur la rojak sotong la...saya, layankan aje tekak mereka2 tu :p perjalanan dari hotel tempat my others family stay memang jauh, dah diorang pegi stay dekat Batu Feringgi tu buat hapa kan....mujur perut tak lapar sangat, kan petangnya dah makan nasi kandar Line Clear.

Dapat parking yang agak jauh jugak, terpaksa menapak tapi disebabkan kawasan sekeliling tu cantik dengan lampu lip lap berkerdipan dan ramai orang melepak, terisi jugak pandangan ni dengan gelagat masing2. 

Budak ni memang teruja kalau bab2 makanan, biasalah sedang membesar katanya...perut tu menerima je apa yang diisikan. 

Tak sure mana satu kedai yang sedap pun, makanya main terjah je lah mana yang berkenan di hati. cuma saya tidak berapa suka concept dekat medan selera ni yang mana meniaga berebut2 menghantar menu ke meja kita sampai kita sendiri pun tak tau nak pilih yang mana satu coz mostly menunya sama je. ada pulak tu pelayan yang agak keterlaluan mendesak agar kita memilih makanan dari menu yang di beri. okay, memang saya tidak berkenan sangat cara macam ni...haruslah lepas ni takkan ke sini lagi.


Sotong kangkung ni berharga RM10 sepinggan. cukup la untuk kami sekeluarga. lagi pun dah makan nasi kandar petangnya kan, so malam tu just cari yang light sikit.




Tak sah kalau tak pekena pasembur bila dah sampai Padang Kota Lama ni. rasanya boleh tahan sedap jugak.





Lepas dinner ni terus bergegas ke ke klinik pulak, my bro dah sakit kaki. biasalah kaum lelaki ni, gout lah penyebabnya.

2 comments:

Nurzakiah Hanum said...

comelnya

anis abdullah said...

Dah lama tak padang kota. Tak citer ke kena bayar parking....sampai jam 12 malam...