Monday, July 6, 2015

Pengalaman menaiki tren Bukit Bendara

Begitu cepat masa berlalu, tidak lama lagi kita bakal menyambut hari raya aidilfitri pulak. oh ramadhan, sesungguhnya aku belum puas bersama mu lagi. entah kenapa sekarang ni kurang teruja untuk berhari raya, apatah lagi bila dengar lagu raya...cepat je tangan ni tukar channel lain. eh...emosi sangat kan daku ni :p

Kita tinggalkan dulu kisah nak raya tu ye...bole sambung lagi pada entry tahun depan kot. kali ni nak sambung entry tahun lepas pulak. biasalah dek, entry ahkak memang JARANG JARANG live update...semua stock basi je. tapi tak mengapa, ahkak punya suka la kan.

Kita sambung semula kisah jalan2 di Bukit Bendara ni, tapi kali ni pasal naik tren pulak. inikan merupakan kali pertama saya mendaki Bukit Bendera ni sepanjang dah hidup selama 37 tahun eh...masa naik ni umur masih lagi 36 tahun hiksss. memang tak pernah ko naik atas bukit tu...terujalah nak tau apa yang ada di atas sinun.

Bila dah naik tu, baru puas rasanya dan complete dah percutian saya selama ini ke Penang...antara negeri terakhir yang sama teroka dalam Malaysia ni. 

Perjalanan tren adalah setiap setengah jam sekali. saya memang tiada pengalaman menaiki tren yang lama sebelum yang baru ni, ramai yang kata tren lama dulu slow sangat compare tren sekarang. tapi saya suka la tren sekarang ni, taklah laju sangat and tak slow jugak. sempat lagi nak tengok panorama kehijauan pokok2 sepanjang pendakian tu.

Masa naik dan turun tak sempat pulak nak snap keadaan dalam tren tapi apa yang saya lihat, tren adalah bersih dan kemas.

Harga tiket tren untuk adult yang mempunyai IC adalah RM8 untuk pergi dan balik. standard rate adalah RM30, punya jauh perbezaannya.ada jugak package, tapi since kami berdua, bayar je la ikut harga biasa. 

Waktu kami naik ni angin adalah bertiup kuat, kuit dari yang biasa. mula2 ingatkan hari nak hujan ke tapi panas je cuaca ketika tu. boleh tengok ranting2 pokok tu mengarah ke satu arah je, memang kuat sangat angin waktu tu. bila duduk dekat station tren tu rasa ngeri pun ye jugak, rasa bergegar pulak platform tu. 

Layankan aja gelagat budak2 ni sementara menunggu tren sampai...

YES, akhirnya saya sampai jugak di sini, Bukit Bendara aka Penang Hill. tempat bersejarah bagi negeri Penang. sila abaikan perut ahkak yang berlapis2 masa tu ye. ahkak tengok pun rasa macam nak pitam 100 hari :D

Kami parking di kawasan parking yang disediakan dan dikawal oleh pak hencik RELA yang bertugas. best coz tidak dikenakan apa2 bayaran cuma nak ke kaunter tu agak kena berjalan lebih sikit la. tapi tak mengapa, kami rela je.

2 comments:

Nurzakiah Hanum said...

wow

Kakzakie said...

Mestilah seronok Ann.
Apa lagi walaupun panas angin kencang taklah rasa panas berbahang dek tiupan angin itu kan..