Monday, July 13, 2015

Persiapan minggu terakhir Ramadhan

Tinggal beberapa hari je lagi kita akan meninggalkan bulan yang mulia antara seribu bulan, Ramadhan. hati ni rasa sayu sangat. ramadhan je akan dapat rasa kenikmatan di dalamnya, tapi tidak pada syawal hanya dapat di rasanya kegembiraanya dari bergema takbir sehingga petang raya pertama sahaja. tapi masa tetap akan berputar dan berlalu. diharap kita masih dapat bertemu dengan ramadhan yang akan datang. yang pasti, ramadhan ini pasti sentiasa dirindui setiap masa.

Weekend ari tu macam biasa saya balik ke rumah my late parent. kena bersihkan rumah, potong rumput, tukar langsir, sarung kerusi, cadar sarung bantal. ye la raya nanti mesti penuh rumah dengan adik beradik semuanya balik, anak2 buah semuanya dah penuh rumah. basuh pinggan mangkuk, periuk belanga, cawan piring, sudu sudip yang dah berhabuk. ye...ini aktiviti tahunan setiap kali menjelang hari raya. rumah parent saya takde sapa yang duduk sekarang ni, biasalah rumah tinggal ni berabuk cepat. 

Nanti start Rabu rumah tu akan sikit2 dipenuhi oleh anak menantu cucu cicit Hj Ishak dan Hjh Jaharah. my laki tak dapat cuti tahun ni, tapi dia tengah gigih untuk tukar time duty dia supaya dia masih boleh balik beraya. macam biasa setiap tahun, kami tiada masalah untuk balik beraya di tempat saya or mertua coz sepanjang bulan ramadhan kami sentiasa luangkan masa bersama mereka.

Juadah berbuka Sabtu lepas, my sista in law masak. dah rupa macam makan dekat restoran pulak. my sista kata ada lebihan daun pisang, sayang katanya nak buang. okay acceptable :p

1 comment:

Kakzakie said...

Sayu hati bila terkenang saat allahyarham ayah dan allahyarhamah masih ada itu sudah pasti kan Ann. Tapi bagus juga jenguk rumah tinggalan pusaka tu walau setahun sekali-dua pun tak apa... sayang

Beraya mana pun tak kisahlah Ann janji tak ada sengketa.