Wednesday, July 15, 2015

Ramadhan yang bakal pergi

Hanya tinggal malam ini sahaja lagi kita berpeluang menunaikan solat tarawih untuk tahun ini. begitu cepat masa berlalu, petang besok kita dah dialunkan dengan takbir pulak menandakan kemenangan kita melalui dugaan sebulan berpuasa. yang pasti ramadhan tetap akan dirindui walaupun masih bersisa sehari lagi. yang menjadi tanda tanya, adakah kita masih berpeluang menemui bulan yang penuh barakah ini di tahun hadapan. 

Saya mempunyai satu perasaan yang sukar nak digambarkan setiap kali ramadhan berada dipenghujung, perasaan yang sangat mendalam. 

Besok start memasak for juadah hari raya. untuk pertama kalinya dalam hidup, saya memasak sendiri segala juadah hari raya tahun ini. anak perantau tak dapat balik kampung macam ni la ek, semua kena bikin sendiri. kalau balik rumah keluarga sendiri, main petik2 jari je ko kan jah :p now tengah discuss menu dengan mertua, nanti malam besok kami boleh bertukar2 juadah dan kalau sempat nak buat jugak 1 or 2 kek yang simple2 je. ahkak ni menantu perempuan tunggal, tak boleh nak goyang kaki macam mem besar. besok haruslah memerap dekat rumah sendiri dulu, kemas2 apa yang patut dan start memasak. sebelah petang selepas my laki balik kerja baru pergi ke rumah mertua untuk berbuka (bawak segala juadah yang nak ditukar tu) dan bertakbir bersama. 
   
Syawal kali ini pastinya menjadi pengalaman pertama saya, pengalaman pertama kali beraya di KeeL. seyes, saya masih tak dapat merasakan kenikmatan beraya di bandar ni. tengok la macam mana nanti, di harap aura raya itu tidak terus malap semalap suasana di musim jerebu.

Mungkin ini entry terakhir saya sebelum start bercuti besok sehingga minggu hadapan. dikesempatan ini saya ingat meminta maaf andai ada kata2 dalam entry ini dan dalam ruangan komen2 kalian yang menyinggung perasaan atau membuatkan kalian berasa sedih or marah atau sebagainya. sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah, yang kurang itu sentiasa datang dari saya. pada yang pulang ke kampung, ambillah peluang ini untuk merasai nikmat berhari raya bersama keluarga tercinta. amalkan budaya ziarah menziarahi dan tak lupa pada yang dah tiada, ziarahlah pusara mereka. 

Diharap Syawal tahun ini merupakan Syawal yang terindah bagi kita semua.

Selamat hari raya Aidil Fitri
Maaf zahir dan batin
Dari saya dan suami  

3 comments:

AnneRaini said...

selamat hari raya ann.

Nurzakiah Hanum said...

SELAMAT HARI RAYA

anis abdullah said...

Selamat hari raya. Rindu kooooo...dan laki ko yang pot pet tu