Monday, August 17, 2015

Nasi Kandar Beratur

Kita sambung lagi trip to Penang, sikit je ni lagi. kiranya ni aktivity malam hari sebelum nak balik keesokan harinya. selepas minum kopi di Queensbay Mall, jalan2 window shopping dalam mall tu. kabarnya masa tu mall ni baru je bukak tapi banyak dah kedai2 dalam tu. penat jugak round dari floor atas bawah, kemudian naik atas semula. sempat grab sejenis dua barang2 yang berkenan di mata. alasan standard ahkak kalau terbeli, "dekat KeeL takde ni". 

Bila rasa macam dah takmo berabih tak tentu hala dalam mall ni, kami decide nak keluar je. waktu tu dah malam menjelma gitu, makanya terus je cari dinner pulak. kata cuti2 kan, activity utama tentulah makan dan makan, so cari makan lagi lah.

Masih mengulangi makan sotong kangkung tapi kali ini dekat gerai lain pulak, masih bersekitar di Padang Kota Lama. nama gerai dah lupa tapi sotong kangkungnya boleh tahan sedap. sotong lembut tak keras macam kunyah getah. sosnya pun berperisa, masuk je dengan sotong tu. boleh datang lagi next time.

Char kuey teow ni pun sedap jugak, rasanya my laki order dekat gerai lain dari yang sotong kangkung tu. boleh tahan sedap jugak, kerangnya banyak. 

Lepas makan tu kami terus plan untuk balik hotel je. masa dalam kereta terasa macam ada yang tak cukup lagi, ahhhhh nasi kandar la. macam biasa kalau mai Penang ni, nasi kandar susah nak dilepaskan. kalau boleh pagi petang siang malam nak makan nasi kandar je, kan ahkak kemaruk dengan nasi kandar ni. 

Kali ni nak merasa pulak kemeriahan beratur di malam hari semata nak beli sebungkus nasi kandar. mujur masa kami sampai tu line masih tak panjang lagi, orang kata kami sampai agak awal...kalau lambat sikit tadi dah panjang line. line macam tu gigih lagi laki ahkak tu nak beratur. makanya dia yang beratur dan pilih lauk untuk di bungkus, 2 bungkus untuk makan tengah2 malam nanti dalam bilik hotel...kot2 lapar semula ada jugak benda nak dimakan. 

Tu dia, kedai ni hanya bukak 10pm ke atas saja...jangan dayang siang hari pulak ye. 

7 comments:

♥ ROS ♥ said...

Ros duk penang xpnah rasa lg ni.. 😂😂😂😂

♥ ROS ♥ said...

Ros duk penang xpnah rasa lg ni.. 😂😂😂😂

Sue Bee said...

Ni yg SB semangat gi jenjalan penang lagi ni..

Mashitah Mamat said...

jemput join giveaway MERDEKA GIVEAWAY BY HONEYONNEE.COM

nuyui a.k.a miss YUI said...

wahh mlm dia buka ea...

nur amni said...

Mesti happening kan..blom berkesempatan nak g lagi..org kata biasa je nasi dia..tp sbb femes satu mesia sbb tu org ramai tp akak mmg penggemar nasi kandaq ni..slurpp...

Salam ukhuwah dear

nur amni said...

Mesti happening kan..blom berkesempatan nak g lagi..org kata biasa je nasi dia..tp sbb femes satu mesia sbb tu org ramai tp akak mmg penggemar nasi kandaq ni..slurpp...

Salam ukhuwah dear