Monday, August 24, 2015

Pulang...

Balik bilik selepas breakfast, terus kemas2 barang dan sambung tido semula. awal lagi waktu tu, dalam sekitar 830am. memang perancangan turun bfast awal supaya boleh sambung tido lagi sebelum sampai masa untuk check out.

Dalam 1030am saya dah bangun, layan mata tengok rancangan kartun. favorite ni layan kartun walaupun tah hapa2 tapi layan jugak. lepas tu terus bersiap untuk check out. dah mandi, kejut laki pulak. turn dia untuk bersiap, saya dok check barang2 takut ada yang tercicir pulak.

Inilah tujuan utama kami turun bfast awal pagi dan makan yang light2 sahaja, supaya apa yang dimakan tadi sempat hadam dan tidak terlalu kenyang. sebelum turun bfast sempat saya keluarkan dulu nasi kandar Beratur ni dulu dari ice gobok. nak panaskan dalam bilik yang weolsss stay ni takde microwave. keluarkan awal supaya taklah sejuk sangat bila masa nak makan nanti. 

Kami laki bini menikmati nasi kandar Beratur dalam bilik sebelum check out. supaya senang selepas ni boleh teruskan perjalanan direct ke KeeL tanpa perlu berhenti untuk makan lunch. tak sia2 beratur memalam semata nak beli nasi kandar ni :p

Selepas check out, kami terus saja keluar dari pulau mutiara ni menuju tempat permastautin asal. tidak mahu sampai KeeL malam, kami terus je pulang. perut pun dah kenyang kan.

Kami singgah Ipoh coz my laki nak jumpa his friend sekejab, ada barang nak ambik ada benda nak bagi...gitulah gamaknya. tak lama, sampai kawan ajak minum pun kami tolak semata nak sampai KeeL sebelum jalan start jammed. oh ya, hari kami check out tu adalah Isnin...hari bekerja. tu yang kalau boleh nak sampai sebelum orang mula keluar office.

Sekian tamat cerita Penang...

5 comments:

Kakzakie said...

Biar lama mana pun akhirnya balik juga rumahku-syurgaku ye Ann
Semua yg berlalu jadi moment indah.

Pengedar Shaklee Sri Aman said...

Travelling memang seronok..tetapi Home tetap Sweet Home.

Pengedar Shaklee Sri Aman said...

Travelling memang seronok..tetapi Home tetap Sweet Home.

lia ummiirfan said...

home seewt home! :))

Rahsia Anak-anak saya kekal aktif

aizamia3 said...

Ohsemlah dapat makan nasi kandar dalam bilik hotel.. ;)