Tuesday, August 11, 2015

Surprise bridal shower

Sekarang ni tak kira musim kan, boleh dikatakan setiap minggu ada saja majlis nikah kawin berlangsung. tidak seperti dulu, majlis nikah kawin ni hanya tertumpu pada musim cuti sekolah sahaja. alasannya sebab masa tu je orang ramai cuti, kununnya la.

Tapi alasan itu tidak pada keluarga saya. keluarga saya akan cuba mengelak untuk buat kerja nikah kawin ni di musim cuti sekolah coz masa itulah yang akan banyak wedding, orang pun susah nak datang. pung pang pung pang beria nanti tapi at the end takde yang dapat datang, itu baru haru katanya.

Tinggal beberapa bulan lagi, seorang lagi anak buah saya akan melangsungkan majlis kawinnya. sekarang ni dah mula weekend kami sebagai makcik2 menjadi sibuk. pegi sana sini, buat itu ini untuk preparation kerja kenduri kawin. yang nak kawin tu pun macam2 jugak perancangannya, takpe la kami makcik2 ni mengikut je.

Minggu lepas dah berlangsung majlis Bridal Shower for her, ini bukan a part dari rancangan anak buah tapi ini rancangan makcik2 je. saja nak bagi surprice for her and bagi sikit appreciation to her yang dah berbulan2 busy memanjang with her kerja dan preparation weddingnya ni. biasalah, kalau perempuan ni cerewetnya banyak sikit nak compare lelaki. macam anak buah lelaki saya yang kawin last year, macam2 jugak perancangannya tapi still kita boleh turutkan lagi hiksss.

Seperti yang telah dirancang, majlis bridal shower ini berlangsung last Saturday during lunch hour di Flora Cafe @ Am Walk, Jalan Ampang. majlis ini jugak kita extend to her close girlfriend also. 

Since that we have this event during lunch hour, makan nasi la gamaknya with verities of lauk pauk yang sedap. makan2 bagi kenyang perut dulu. 

Bila dah settle lunch, it's time to have a desert. kami tak plan apa2 activity selain makan je. malas la makcik2 ni nak pikir games bagai. 

Desert merupakan kek for bridal shower girl's of the day. 

Dah potong kek, kita bahagi sama rata makan sama2 lagi. hari itu semuanya kena pakai pink kecuali bridal girl's idak la. kang kita suruh dia pakai pink jugak suspend pulak dia nanti. hanya ada sorang saja lelaki masa event ni, dia sebagai tukang ambik gambar je. gambar dia pun tak banyak...hihihi sian.

The reason kami memilih Flora Cafe di sini, sangat suka dengan deco very banyak flower dalam cafe ni. ahkak citarasa memang bunga2 je jah...

5 comments:

Syira Lokman said...

teringin nak g flora cafe ni :D

anis abdullah said...

Tak pernah lagi p sini. Food price fair tak?

nuyui a.k.a miss YUI said...

nmpk menarik tmpt ni..cntik..

Kakzakie said...

Cantik, menarik dan memikat mata kakak Ann
Seronoklah semua pastinya:)

Sue Bee said...

Yang penting semuanya suka dan kenyang..btw, cafe tu cantik deconya