Monday, September 28, 2015

Energizer Night Race Malaysia 2014

Last year run event, ingat lagi...seminggu selepas raya ni. dengan masa rayanya melantak belasah makan macam2 tanpa sekatan.

bib collection open beberapa hari selepas raya @ Wisma OCM, saya singgah dulu sebelum pegi open house

 keterujaan saya untuk join event ni coz night run, saya sangat suka lari malam. join untuk 15km. 

 my bib no

Selepas collect my headlight terus je ke starting line. sempat magrib dulu dekat office sebelum tu coz saya parking dekat dayabumi je...inilah sesuatu yang menyeronokkan kalau event dekat dataran merdeka. tak payah nak rebut2 parking coz season parking, orang luar tak boleh masuk pun.

Event yang sangat meriah, rasa macam ada fiesta rasanya. semua peserta dilepaskan dengan dentuman bunga api bak menyambut malam merdeka tapi say tak sempat nak menghayati pun, kena lari weh bukannya nak tengok pesta bunga api. sangat ramai penyertaan masa tu, sehingga nak lari pun susah. terpaksa walkingrun sampai terowong dekat Jabatan Tanah, baru lega sikit nak lari selepas tu. almost jalan sepanjang laluan rack di tutup kepada kenderaan, seyes memang ramai peserta. kalau tutup satu lorong jalan saja, memang boleh melimpah ke laluan kenderaan. bagus organizer sangat menjaga aturcara event dan keselamatan semata larian sedang berlangsung. 

Cuma agak mengecewakan bila sampai pada water station setiap pit stop. air tidak mencukupi, ada tu pulak cawan dan habis sedangkan ramai lagi runner yang belum sampai ke water station. ada runner yang ambik saja air dari botol dan share ramai2 tapi saya tak lah nak share sama. mujur dapat jugak cawan dan makanya saya bawak cawan tu lari sama sampai ke next water station. ye la, buatnya dekat depan pun takde cawan...itu baru haru jadinya. saya ada mengalami masalah penghadaman masa kurang dari 5km berlari, maybe makan lewat sangat sebelum tu. 

Sampai ke garisan penamat dengan record yang sangat teruk untuk 15km, mau tak teruk...peserta no 1512 tu :( . ye masa ni saya masih tidak mempunya stamina yang bagus, masih banyak berjalan dari berlari dan kalau berlari parse yang agak teruk jugak. tamat je larian, semua peserta dibekalkan dengan mineral water dengan snack pack. terjumpa jugak kawan2 dari office, terus gebang sambil ambik gambo segala. 

Acara yang sangat best saya rasakan dan sekiranya ada lagi...definitely saya akan join lagi.  

1 comment:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)