Monday, September 21, 2015

IJN Run For Your Heart 2014

Macam mana permulaan minggu uolsss semua, harapnya semua berjalan seperti biasa dengan ceria dan bahagia ye. tinggal beberapa hari lagi kata bakal menyambut Hari Raya Aidiladha pula, tak sabar rasanya nak beraya. keluarga saya menyambut hari raya aidiladha sama jugak meriahnya seperti hari raya aidilfitri...keterujaan kali ni memang dinantikan kerana raya aidilfitri yang lepas saya sekeluarga tak berapa nak raya sangat sebab kekangan masa kerja yang terlampau. kali ni dapat cuti awal, and so kita enjoy the raya moment together with family.

Alhamdulillah hari ini saya mula berpuasa dan inshaAllah semoga dapat meneruskan ibadah ini sehingga Rabu nanti.

Ok, saya takdelah nak bercerita pasal raya sangat. tapi yang saya nak cerita adalah sesuatu yang saya tak pernah lagi upload dalam blog ni, aktiviti larian saya. selama ini saya hanya asyik bercerita pasal larian tapi saya tak pernah lagi bercerita secara details about it. 

Saya memang seorang yang aktif bersukan sejak dari sekolah lagi. acara favorite dah tentulah larian. games tu tengok jugak, setakat bola jaring bola tampar bola baling memang juara katanya hiksss. tapi kalau games yang pukul2 bola ni saya agak ke laut sikit. contok games yang pukul2 bola ni macam squash, badminton, tenis, pingpong dah seadik beradiklah kiranya. hoki pulak saya ada perasaan takut yang lebih bila setiap kali nak main hoki sehingga saya ambik keputusan untuk tidak bermain or tidak berminat langsung dengan hoki. takut weh tengok batang kayu hoki tu, ishhh kalau kena keting kaki mau payah weh. 

Selepas habis je musim sekolah dan masuk pulak musim jadi highschool student, aktivity sukan tu dah sedikit demi sedikit berkurangan walaupun tidak berhenti sepenuhnya. orang kata sebab masa dah takde nak bersukan2 ni, sibuk pulak nak siapkan assignment segala bagai. 

Tetapi saya terus berhenti bersukan sepenuhnya biasa masuk alam kerja, serius alam kerja membuatkan saya takde masa langsung nak bersuka. masa saya lebih banyak habis dengan pergi kerja balik kerja dan hangout dengan kawan2. mesti ada yang pelik, takkan pegi kerja balik kerja pun habis masa kan. saya dulu tinggal di seremban tapi bekerja di KeeL. setiap hari saya akan bangun pagi sekitar 5am, dan keluar rumah 6pm sampai office, 730am. waktu balik kebiasaanya keluar office 7pm, naik bus balik seremban 8pm sampai rumah almost 10pm. hujung minggu pun saya masih lagi datang KeeL sekiranya ada apa2 program dengan kawan2. masa saya banyak habis dalam perjalanan sahaja, bila masanya nak bersukan kan...memang tak lah.

2013 was the year that i start all over again my run activity. selepas umur waktu tu dah 35 year olds, and kebetulan my office buddy also need to start run back....so i decided to run. mula2 memang hazablah, dah more than 10 years kot tinggalkan trek ni...tiba2 in balik kan, nak terputus saluran jantung rasanya. tapi saya tak stop, still keep running.  

Lepas ini boleh saya share every running activity saya dalam blog ini secara rasminya hihihi

Ini bukan larian pertama saya, ini just random saya select from my run photo collection. event organize by IJN for IJN Run For Your Heart 2014. ini merupakan larian amal so hanya 8km saja. takpe, mari kita sama2 sahut cabaran hidup sihat...sapa tak nak hidup sihat kan.

Venue event dekat Taman Wetland Putrajaya dan acara bermula seawal 7am. masa ni saya agak lambat sampai coz terpaksa parking jauh, lepas tu kena berjalan lebih 1km untuk sampai starting point ni...takpe dah fully warm up waktu tu hiksss.

Run for your heart, so must bring our heart together lol. runner boleh berlari sambil membawa balloon tapi not me. saya tak ambik pun balloon tu, susah nak lari dengan balloon ni, walhal ni just fun run 8km tapi lagak macam competitive run pulak cehhh.

Saya ingatkan route larian ni akan melalui jalan raya tapi rupa2nya laluan berbatu, okay senang cerita dah macam country run. ahkak terus naik teruja dek tapi disebabkan start 7am dan Putrajaya kan cepat panas...itu yang buat ahkak lemah. ahkak memang lemah dengan cahaya matahari, panas weh.

Ada medal for every runner walaupun sampai yang paling akhir sekali, fun run je so no time limit. 

2 comments:

Kakzakie said...

Aktiviti yg sihat kalau ada peluang memang baik utk sama-sama join.

ujie othman said...

Bagusnya...dah lama teringin join run, tapi tak buat. Takde geng lah..

*kita sebaya nampaknya :)