Thursday, September 17, 2015

Rojak

Macam mana sambutan Hari Malaysia semalam...saya tak sambut cuma sukalah bila dapat cuti tu kan. saya appreciated Hari Merdeka je. ok dah tutup cerita...

Dengan masalah jerebu yang melanda negara kita sekarang ni, adalah amat susah nak stay longer dekat luar rumah. tapi pagi semalam saya dah tak boleh tahan lagi, 4 days without run saya dah rasa resah gelisah. makanya saya nekad, saya kena lari jugak cuti ni dan yeahhhh saya lari jugak. syukur alhamdulillah keadaan jerebu pun ajak kurang pagi semalam, around 630am dah start berlari. feeling after lari adalah superb, therapy sangat.

Cuaca pun agak suram jugak ek semalam, suram sebab nak hujan ke atau sebab jerebu tu tak tau la pulak. apa2 pun let's pray for our happiness.

Cuti2 ni apa lagi, tengah hari mulalah tekak ni demand nak makan macam2...kali ni nak makan rojak.

kedai rojak kegemaran saya, Rojak Bellamy. kalau datang lunch hour memang confirm penuh semedang. even cuti hujung minggu pun sama jugak...penuh sepanjang masa

 my fav, rojak mee. kalau saya order rojak biasa mesti rasa macam tak cukup makan je :p

 my laki, rojak mee ayam special...selera mamat ni memang tak boleh di turut sangat

makan rojak takde cendol, pincanglah selera...

Memandangkan semalam Hari Malaysia, saya nak belated message la jugak ek...

Sungguhpun kita tinggal di negara yang berbilang kaum, bangsa and agama, pastikan kita sentiasa hidup harmoni, saling hormat menghormati sesama kita. ada yang kata, negara kita macam rojak...campur itu campur ini pun sedap. okay la tapi kita bukan makanan yang boleh di makan bila sedap dan di buang bila tak sedap...fikir2kanlah. 

3 comments:

Kakzakie said...

Lama kakak tak makan rojak mee gitu Ann
Kakak suka yg banyak timun, kuah manis sikit sedapnyaaa:)

Asha Lya said...

Mggoda btl la tu rojak ngan cendol

hamizah che mat said...

perrhh.. perut berbunyii dh ni
KULIT LEMBUT, GEBU DAN CERAH DENGAN ESP