Thursday, October 15, 2015

Lunchpack

MashaAllah punyalah malas nak pergi kerja hari ni, pagi tadi jam dah berbunyi mintak bangun pun masih boleh lagi tangan ni tekan snooze. layan punya layan akhirnya bangun jugak saya bila teringatkan kena masak nasi panaskan lauk untuk bekal my laki hari ni. routine setiap hari cuti, masak lebih untuk dijadikan bekal ke kantor kekdahnya. semenjak harga barang tol minyak serba serbi naik ni, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat marhain untuk berjimat cermat. selagi boleh jimat, memang saya akan cut perbelanjaan yang tidak penting. ye la, duit kita makin kecik tapi kos hidup dekat kotaraya metropolitan ni makan besar. bila ingat balik, seronoknya kalau ada tanah walau sekangkang kera...boleh jugak tanam sayur, bela ayam itik ke kan. 

Teringat makcik saya, bila anak menantu balik mesti makan ayam...ayam bela sendiri je. gemuk2 sodap buat masak rondang cili api kiah oiii. hidup meneroka sekarang pun bukan senang jugak, dengan harga getah yang rendah menjadikan penoreh pun berkais2 jugak bila berbelanja. 

Alhamdulillah hari ini ada makanan percuma di office. makanan waktu meeting, ada order lebih untuk saya. makanya hari ni takde bawak lunchpack, cuma my laki je. la ni mata dah start mengantuk pulak, sangat jarang makan heavy meat tapi rezeki tak elok membazir...habiskan jugak la.  

semalam kan hujan, cuaca sepoi2 bahasa sejuknya. tekak teringin nak makan roti tisu. dah lama tak tengok piramit separa lazat ni

Rasanya masih tidak terlewat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua kawan2. semoga tahun baru ini memberi sinar bahagia untuk kita semua.

4 comments:

Diana Din said...

nyum nyum kriuk kriuk makan roti tisu :)

umi alya said...

sedapnya, ada lagi tak?

anis abdullah said...

Yums.

Khai♥Rin : anies said...

tetiba tingat roti tisu kt sri gombak...alahaiii best nyerrrr