Tuesday, November 24, 2015

Ahad punya kisah

Ahad lepas mendung je ek, pagi tu panas tapi rupanya mendung di tengah hari menjelang petang. hari tu my laki cuti, my brother pulak called ajak lunch sama. dah lama katanya tak makan nasi budu, saya kan memang sangat suka makan budu...pendeknya kalau takde budu tak lalu makan kekdahnya. tak hagak2 memang sampai la adiknya di rumah abangnya.

Makan nasi budu taklah semestinya nasi putih dengan budu semata tapi adalah jugak menu lain yang my kakak ipar sediakan. ahahahahah bukan saya yang sediakan ye, saya betul2 datang untuk makan je. 

Disediakannya ikan masak asam sedas, sayur goreng selain dari menu wajib saya, ikan goreng dengan ulam. tekak saya kalau dah ada budu cukup sekadar ikan goreng dengan ulam saja, lauk lain2 tu walau sedap mana pun sangat jarang nak usik.

Makan ramai2 ni memang seronok lebih2 lagi dengan keluarga sendiri. boleh makan ikut suka mana, takde nak jaga sangat perut tu. dalam masa yang sama, my kakak ipar ajak jugak adik beradiknya sekali datang rumah...maka sangat meriah waktu tu.

Cuma satu je yang malas sikit kalau bertandang ke rumah my brother ni, surely kami akan terperangkap lama dekat situ. sebabnya ermmm, ada je menu makanan tanpa henti. habis je lunch, dah ketuk2 kuali untuk minum petang pulak. cuma kali ni minum petang saya buat la. dah datang lunch tak tolong apa2, kita buat jemput2 pisang pulak. ada my sista belikan pisang masak, kenalah tu dengan sejuk2 hujan petang tu.

Dah ada kodok pisang panas2, kena nyudukan pulak dengan teh tarik pekat kan. kita masak serbuk teh sampai mengelegak dan masukkan susu pekat dan susu cair. memang terbaiklah tu menyatuan alam perut hiksss.

Menu dinner, kan dah kata...surely kami memang payah nak dapat balik awal. dari lunch membawak ke minum petang dan terus je dinner. ikutkan mau sampai supper kalau boleh tapi kami tak boleh nak stay lagi, besoknya kerja...jangan buat kerja gila. 

Malam dah tak lalu nak makan apa. kenyang siang tak habis lagi, maka dinner makan kepok keping sudah. sepinggan tu pun kemain liat nak habiskan, nampak sangat dah up to limit isi perut ku.

8 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sambil makan sambil berceritakan Ann..
Seronok juga makan2 adik beradik ni..
Sedapnya cekodok pisang :)

Nurzakiah Hanum said...

syoknya santai2

Rai OurKizuna said...

bila makan ramai2 semuanya jadi sedap dan makan banyak.. ada je benda nak kunyah.. hahaha

AnneRaini said...

tak pandai makan nasi dgn budu.. makan budu pun kalo beli nasi kerabu je.

Amie said...

Assalamualaikum Ann,
teringat kat kawan2 dari pantai timur masa di universiti dulu, duduk umah sewa... makan nasi dengan keropok, cicah ulam dengan budu dah mencukupi... kadang2 kita pun terikut2 gak.

anis abdullah said...

Oh aku tak suka budu langsung. But makan dr lunch ke dinner oklah. Buatnya dari breakfast ke supper dah 6x makan tu.

masniwati rahman said...

Aku pun terjebak dgn cik pot ni sbb husband aku ske color hijau. Sblum ni pnggan aku color pink. Dia bosan dah umah ni byk color pink n merah. Hahaha

umi alya said...

Untungnya Ann..