Wednesday, November 4, 2015

ketika selepas hujan...

view petang semalam di Taman Tasik Ampang selepas jogging

Sekarang ni alhamdulillah sangat2, dengan kekuasaanNYA kita diberi peluang lagi untuk menghidu udara segar semula selepas beberapa bulan negara kita dilanda masalah jerebu yang sangat teruk. jerebu, terlalu sinonim dengan masalah yang melanda negara jiran kita, lepas tu berjangkit kesegenap negara berhampirannya. dahlah masalah pencemaran udara yang disengajakan, siap pakej masalah kesihatan sekali habuannya. 

Tapi kini masalah itu telah berlalu pergi. hampir setiap petang sekarang ini kita dihadiahkan dengan hujan yang mencurah2 ada kalanya renyai2. saya sangat suka hujan. saya sangat suka haruman ketika hujan...sangat pure haruman alam semula jadi. walaupun kadang2 tu ada jugak merungut pasal hujan tapi bersyukur sangat2...selepas hujanlah udara yang paling best dan segar. 

Sentiasa bersyukur dengan nikmat yang kita kecapi tidak kira walau apapun ia kerana semuanya datang dari Allah SWT.

5 comments:

Nurzakiah Hanum said...

inshaallah

cik hani said...

Suka bauan selepas hujan..
Alhamdulillah. Hujan sekarang tiap petang dan malam kat sini, sejuk sikit bumi Allah

Diana Rashid said...

saya pun suka hujan dari panas terik..hujan malam lagi la best..tarik selimut..ehehe

Asha Lya said...

Syukurla kan da hujan kurang da jerebu

hainom OKje said...

Kalau Allah menghendaki....sekelip mata boleh bertukarkan Ann.....
Sekarang ni pun tgh hujan kat sini....