Monday, November 23, 2015

Teringin ikan singgang

Macam mana hujung minggu kalian, mesti seronok kan. sekarang ni dah start cuti sekolah, macam2 aktiviti boleh buat di rumah. kami yang takde anak yang sekolah ni pun seronok jugak, jalan tak jammed hiksss.

Sabtu lepas saya tidak ke mana2, ada di KeeL je la. tak balik Seremban, oh lama dah tak balik ke sana sebenarnya. rindu dah ni... tengok minggu depan macam mana, susah bila laki kerja pun tak tentu masa ni. weekend bila kita cuti tapi dia pulak kerja, memang tak dapat nak ke mana2lah.

Last Saturday night teringin tekak ni nak makan sesuatu di tempat yang dah agak lama jugak tak pergi. sabtu malam tu kan hujan, ye tempat saya ni hujan malam tu...lebat lagi. lepas jemput my laki dari tempat kerja, terus je kami pegi makan dekat tempat tu. 

ikan kembung masak singgang

Inilah makanan yang teringin sangat saya nak makan tu, ikan singgang. makanan yang paling senang nak buat tapi paling malas nak sediakan. sedap lagi makan dekat kedai kekdahnya. saya suka pegi dekat Selera Ramai Ikan Singgang, dekat belakang Quill Mall tu je tempatnya. kedai makan ni dibuka setiap hari sampai 2am. 

Harga makanan dekat kedai ni pada saya standard harga makanan dekat KeeL jugak. tak murah sangat and tak mahal sangat...sedang2 je, harga ikan pulak ikut pasaran semasa kata pekerja dekat kedai tu. 

Tercepai sudah keinginan saya tak dikiranya tak hebat mana ni. ye la ikan singgang je kot, bukannya teringin nak makan steak daging paling mahal pun krik krik krik...


3 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Akak suka singgang ni bila selera tak ade sgt..
Buatlah lauk singgang ni..
Baru selera terbuka Ann..
Singgang kembung pun kegemaran akak ;)

Nurzakiah Hanum said...

sedpanya makan ngan nasi panas2

anis abdullah said...

Masa kecik puas makan dah ikan singgang.