Thursday, November 26, 2015

Tetiba teringat durian

Hangin betul balik petang semalam, eh dah kira malam la ek kalau sampai rumahnya pun dah 830pm. keluar dari Ampang Park dalam 6++ jugak. biasalah bila ikut Jalan Ampang ni, dalam hati mulalah nak !@@#$$%%. tah apa yang buat jammed pun tak tau, hujan lebatnya sekejab je...takde pun banjir sepanjang jalan tapi nokharam sangat jammed.

Masa dalam jammed tu, sempat pulak teringat kenangan masa musim durian yang lepas. kekdahnya tekak ni teringin nak makan durian la pulak. mana nak cekau durian sekarang ni, tak musim. kalau tepi jalan tu memang ada je kalau di cari tapi dah lama sangat saya tak membeli durian. tak tau harga pasaran durian berapa sekarang. maklumlah, banyak dusun durian muahahahah...(riak sangat tu hakak oiiii).

Memang meriah musim durian ni, dekat kampung tu setiap minggu menunggu kedatangan adik beradik anak beranak balik. kalau tak sapa yang makan durian tu kan...dari habis rosak baik makan, tak larat makan kita pakat buat tempoyak.

gambo tahun lepas...

Musim durian di Kemaman, ini hasil kutipan di pagi hari. ini baru pagi belum menjelang ke petang lagi. bila masa nak balik KeeL, habis bonet kereta masing2 penuh dengan durian...beg kain baju yang terpaksa letak dekat seat belakang. 

orang baru bangun tido terus cari durian...abaikan mata sepet apek ni :p

Dan bila dah banyak macam ni, sarapan pagi tea time lunch tea time dinner supper semuanya menu durian semata.

Ish...terus tak sabar nak menunggu musim durian tahun depan.

9 comments:

cik hani said...

dah lama nak makan durian.. asyik tak berkesempatan je..

Nurzakiah Hanum said...

sedapnya kalau dapat makan durian

eynda said...

Kebetulan pulak semalam pun rasa macam teringin nak makan durian... last makan masa raya aidilfitri yg lepas....

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Ann tunjuk durian ..
Akak pun udah teringin pulak.. huhuhu
Sedap pulak tengok durian kuning tu :P

zaffira said...

alaaaa...dah teringin jugak..

wahida said...

arghhhhhh...dah kenapa tayang durian...
nakkkkkkkk jugakkkkkkk...

Fida Z Ein said...

Assalamualaikum...singgah jap...

Kat Perak belum musim lagi....sebab musim hujan...lepas kemarau sikit mesti ada bunga....saya pun tak sabar nak makan durian....

Wa said...

Tak sabarr jugak nak tunggu musim durian :)

umi alya said...

gulpppppppppp feveret Alya ni..