Wednesday, December 30, 2015

Akhir episode Kemaman trip

Eh ada lagi entry balik kampung Kemaman tempoh hari tak habis lagi. tapi promise, ini yang terakhir la...takde lagi lepas ni. 

Sebelum bergerak balik ke KeeL, kami sekeluarga singgah dinner dulu as usual tradisi setiap kali balik kampung. mesti makan dulu sebelum balik walaupun makan dekat kedai makan saja. ye la sapa nak masak kan, lepas tu rumah tinggal berkecah nak bersihkan lagi. ishhh memang ke kedai makan je lah sudahnya.

Dekat Geliga tu bukannya takde kedai makan, banyak dah sekarang ni. tak payah nak jalan jauh2 naik kereta bagai, just jalan kaki dari rumah pun dah boleh sampai. tapi since that kami nak terus balik lepas tu, haruslah drive kereta je ke tempat makan tu.

Meh tengok apa yang kami sekeluarga order...

ikan masak steam pedas

kerabu mangga

sotong goreng tepung untuk budak2 kecik, diorang ni tak makan pedas tapi orang 'tua' yang lebih makannya pun

ikan steam tu yang cukup untuk kami semua yang ramai, tambah seekor ikan lagi buat masak tiga rasa pulak

Selepas makan, kami terus ke pulang ke sarang masing2. biasalah kami sekeluarga more nampak seperti orang Negeri Sembilan, takpe itu pun kampung kami jugak :)